Saturday, 30 March 2013

Sindrom Melayu Rasa Bersalah Jadi Melayu

Perpecahan dalam kalangan orang Melayu bukan sahaja disebabkan oleh perbezaan ideologi politik tetapi turut didorong sindrom rasa bersalah menjadi Melayu

Perkata ini didedahkan Pensyarah Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr. Sidek Baba, sikap rasa bersalah jadi orang Melayu ini menyebabkan orang Melayu semakin terpinggir disebabkan kelemahan mereka sendiri.

Beliau yang kesal dengan sindrom ini menegaskan, orang Melayu tidak seharusnya wujud SEKELUMIT pun rasa bersalah dalam diri mereka kerana dilahirkan sebagai Melayu. Jadi kenapa kite perlu rasa bersalah bila jadi umat Melayu. Perkara ini sudah dinyatakan secara jelas di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan. Orang Melayu masih jauh ketinggalan dan tidak wajar untuk rasa bersalah.

Ekuiti orang Melayu dan bumiputera cuma 20 peratus dan selebihnya dimiliki kaum lain. Jika peratus menjadi perkiraan dalam konteks Malaysia apakah Melayu yang hanya ada ekuiti 20 peratus ini menganiaya pihak lain

Hanya perpaduan sahaja yang boleh mengembalikan kekuatan orang Melayu sebagaimana pernah dibuktikan semasa bangkit menuntut kemerdekaan dari British dahulu katanya. Perpaduan yang diharapkan itu pasti lebih mudah jika parti pembangkang khususnya Pas berlapang dada dan menerima idea kesatuan tanya terlalu mementingkan keuntungan politik melebihi kelangsungan orang Melayu.

"Apakah kalau kita memperjuangkan kepentingan Melayu itu assabiyah?Melayu itu Islam dan MEMPERJUANGKAN MELAYU itu bererti MEMPERJUANGKAN ISLAM. Jadi mengapa usaha untuk mengangkat martabat Islam itu dianggap assabiyah?" ujar Sidek Baba.

Tapi inilah sikap pemimpin pembangkang. Masa hendak tubuhkan UIAM dulu, apa mereka tidak kutuk. Masa tubuh Bank Islam, mereka kata seperti letak daging halal sebelah daging babi tapi sekarang siapa yang dapat manfaat.

Dalam pada itu, Tan Sri Zainuddin (penganalisis politik) pula memberi peringatan kepada orang Melayu agar berwaspada dengan penjajahan minda, budaya, sosial, ekonomi serta politik dalam bentuk baharu jika tidak mahu kaum berkenaan hilang kuasa mentadbir.

Jangan kita hanya melihat kerosakan dan kelemahan kecil kerajaan sehingga menidakkan keagungan yang dicipta bangsa kita kerana belum tentu pihak yang menjanjikan perubahan boleh memastikan hak ini kekal.

Jika orang Melayu berterusan mementingakan ideoligi politik masing-masing dan enggan bersatu walaupun kini menjadi dalam penentuan politik, tidak mustahil kuasa Melayu akan hilang.
JIka Melayu gagal mempertahankan kuasa dalam Pilihan Raya Umum akan datang, jangan harap kuasa politik itu akan dapat kira rampas kembali dan contoh terbaik di Singapura begitu juga nasib orang Melayu di Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...