Wednesday 27 March 2013

Kerajaan DAP Pulau Pinang Seleweng RM70,000 Sebulan

Lampiran semata-mata
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) , 1Malaysia Brothers (1MB) semalam tampil membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat kemungkinan terdapat unsur salah guna kuasa oleh pemimpin Kerajaan DAP Pulau Pinang

Setiausaha Agung 1MB, Zainuddin Jaafar berkata, pendedahan media mengenai dakwaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menyewa sebuah premis sebanyak RM 70,000 sebulan tanpa digunakan nyata mengejutkan.

Menurutnya, rakyat perlu mendapat penjelasan daripada kerajaan negeri kerana selama ini mereka dikenakan pelbagai caj untuk penggunaan air di rumah dan juga premis perniagaan.
Laporan dibuat di Balai Polis Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) semalam. Yang turut hadir ialah Presiden 1MB, Khoo Boo Eam. Mereka kemudiannya membuat laporan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri.

1MB membuat laporan setelah Datuk Musa Sheikh Fadzir (Timbalan Pengerusi UMNO Negeri) mendedahkannya kepada media tentang penyewaan sebuah premis kosong di KOMTAR bagi dijadikan pejabat PBAPP.

Premis tersebut dipercayai disewa oleh PBAPP daripada sebuah syarikat sejak setahun lalu dengan kadar RM 70,000 sebulan. Ini bermakna dalama massa setahun, PBAPP telah membayar hampir RM 1 juta kepada syarikat berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...