Tuesday 25 June 2013

MAINPP Kaut Untung Guna Tanah Wakaf

Penghuni Alim Shah Valley di Lebuh Chulia kecewa dengan tindakan Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang bertindak menaikkan jumlah sewa rumah.
Jumlah sewa yang dikenakan kepada penyewa naik mendadak dari RM 16 sebelum 2008 kepada RM 420 hingga RM 520 sebulan.
Semua penduduk asal agak terkedu apabila mendengar kenaikan sewa dan masalah berlarutan sehingga kini kerana MAINPP masih tidak mahu menurunkan bayaran sewa, sedangkan ini adalah tanah wakaf, takkan mereka(MAINPP) mahu mengaut keuntungan di atas tanah wakaf.

Penduduk telah menghantar banyak surat untuk merayu MAINPP menurunkan harga sewa dan telah berjumpa EXCO Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetapi kecewa kerana jawapan yang diberikan pegawai terlibat begitu mencewakan.

Yang Dipertua MAINPP, Datuk Salleh Man berkata, pihaknya akan meneliti perkara berkenaan dalam masa dua hari.

Jika dalam masa dua hari ini tidak diselesaikan pasti akan waktu nak pilihanraya umum ke 14 baru nak selesaikan ke? Wahai pemegang amanat wakaf MAINPP, jangan dipermain-mainkan harta wakaf. Alasan mengikut harga pasaran adalah tidak logik kerana ia adalah tanah wakaf. Jika anda berpegang kepada harga pasaran juga, sila siap-siapkan jawapan jika tuan tanah wakaf itu bertanya di alam barzah nanti dan siapkan juga diri anda untuk ke neraka kerana tidak melaksanakan amanah itu dengan penuh tanggungjawab.

Tuesday 28 May 2013

KISAH BENAR Apa Kaitan Mirzan Mahathir dan San Miguel?


1. Mirzan Mahathir merupakan seorang anak lelaki sulung pasangan Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah, negarawan yang kita sayangi.

2. Beliau seorang yang bijak dalam perniagaan dan pentadbiran (mungkin faktor keturunan daripada bapanya) sehingga dipilih untuk mengarah beberapa syarikat ternama dunia termasuk IBM Corporation, Solomon Brothers.

Beliau juga telah dipilih sebagai Presiden Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI), sebuah pertubuhan ternama bagi mengendalikan dan membuat kajian mengenai perniagaan .

3. Pada umurnya 37 tahun, beliau telah berjaya “menawan” dan “menyelamatkan” beberapa syarikat yang bermasalah dalam negara dan seterusnya memajukan syarikat berkenaan termasuk syarikat perkapalan dan sebagainya.

4. Pada tahun 2009, San Miguel, sebuah syarikat minuman keras yang berpengkalan di Filifina mempunyai masalah di mana mereka TIDAK LAGI mampu untuk menggunakan MINUMAN KERAS sebagai perniagaan utama mereka atas saingan yang sangat kuat daripada beberapa syarikat minuman keras yang lain.

5. Atas persetujuan Ahli Lembaga Pengarah San Miguel Corp (,http://www.sanmiguel.com.ph/corporate/bod/ )Mirzan Mahathir yang sangat dikenali di dunia korporat berdasarkan sumbangannya dalam syarikat-syarikat sebelum ini dan dalam ASLI dipilih untuk menjadi Pengarah Eksekutif bagi membantu syarikat berkenaan.

Perlantikan Mirzan Mahathir sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah San Miguel Corporation adalah sebagai mewakili kepentingan kumpulan pelaburan Q-Tech Alliance Holdings yang telah melabur dalam San Miguel Corporation.

Pelaburan oleh Q-Tech Alliance Holdings dibuat BUKANLAH UNTUK MELABUR di dalam perusahaan minuman beer SEBALIKNYA UNTUK MELABUR dalam bidang INFRASTRUKTUR, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA di Filipina.

Ini berikutan KEPUTUSAN YANG TELAH DI BUAT oleh PENGURUSAN San Miguel Corporation YANG MAHU MENTRANSFORMASIKAN BENTUK PERNIAGAAN/INDUSTRI San Miguel Corporation daripada hanya tertumpu kepada perusahaan makanan dan minuman (beverages – termasuk beer) KEPADA INFRASTRUKTU R, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA, malah dilaporkan juga San Miguel Corporation telah dikatakan berminat untuk memasuki industri telekomunikasi.

6. Dalam masa setahun sahaja, atas kepimpinan Mirzan Mahathir dalam syarikat berkenaan,, San Miguel telah mampu untuk mempunyai rangkaian perniagaan lain BUKAN berasaskan arak iaitu minyak dan gas, infrastruktur, tenaga dan kuasa elektrik, perlombongan, telemunikasi dan perbankan. (sumber : http://www.sanmiguel.com.ph/businesses/) dan tugasnya tamat dengan jayanya pada 2010.

7. Melalui syarikat San Miguel juga, sebuah syarikat PETRON telah berjaya memiliki saham majority dalam Esso Malaysia Berhad tetapi beliau telah pun keluar dari syarikat San Miguel itu selepas berjaya menjalankan tugasnya.

8. “Jadi, adakah salah untuk menukar syarikat arak kepada syarikat bukan arak?”itu merupakan soalan yang pernah dinyatakan Mirzan Mahathir ke dalam sebuah portal pembangkang dan akhirnya penjelasan ini menyebabkan portal berkenaan menarik balik kenyataan sebelum ini.

9. Tetapi, pembangkang masih menggunakan modal ini untuk memperbodohkan masyarakat kampung mengenai “ANAK MAHATHIR TAUKE KILANG ARAK” yang terang-terangan tidak benar sama sekali.

10. Mungkin ada mengaitkan dengan kronisme, tapi macam kata Tun Mahathir “Kalau dia ada rekod yang baik dan mampu untuk memajukan sesuatu apa salahnya? Jika itu anda katakan sebagai kroni, saya tak boleh kata apa lah”

11. Saya teringat kata-kata Tun Mahathir dulu, “Kadang-kadang anak-anak saya ni marah juga, ya lah, saya tak bagi mereka terlibat dalam politik walaupun mereka berminat sangat, tapi kalau dalam perniagaan tak pa lah, asalkan tak ada kena mengena dengan kerajaan”.

Thursday 9 May 2013

3 Jenis Manusia Kita Jarang Akan Lupa Dalam Hidup Ini

Pertama
Orang yang membantu kita ketika susah

Kedua
Orang yang meninggalkan kita ketika susah

Ketiga
Orang yang menyebabkan kita jadi susah

Yang pertama selalunya manusia ini akan lupa kecuali bantuan itu ketika kesusahan yang kritikal. Kita tengok sahaja pengundi Pulau Pinang, ketika susah semasa pemerintahan DAP sibuk mencari Barisan Nasional untuk bantuan. Minta itu ini. Minta peruntukan mohon bantuan. Tapi apabila DAP merancuni mereka dengan janji-janji kosong dan hasutan melampau pengundi ini percaya kepada DAP.

Yang kedua kita boleh lihat banyak dari Pakatan Rakyat. Suruh buat rusushan sana sini. Hasut menggempur jentera-jentera Barisan Nasional sehingga berlaku pergaduhan dan kecederaan. Bila sudah kena penjara sudah kena denda di mahkahmah tiada pun pemimpin PR ni muncul pun.

Yang ketiga orang Melayu Pulau Pinang pasti akan ingat sampai bila-bila dan berpesan kepada cucu cicit agenda halus DAP menghalau orang Melayu dari kawasan pulau. Agak-agak berapakah jumlah orang Melayu akan dihalau di kawasan pulau dalam masa 5 tahun ini? Mungkin sekarang penyokong-penyokong taksub PR tak nampak tapi akan datang muka-muka kamu pasti diingati kerana kamu lah orang-orang yang menyebabkan rakyat Pulau Pinang menjadi susah

Red Bean Army?

Wednesday 8 May 2013

TAHNIAH DAP. TERIMA KASIH KERANA MENGUNDI BN

PMW mengucapkan tahniah kepada DAP kerana dapat mempertahankan kerajaan Pulau Pinang.
Lim Guan Eng pun sudah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri walaupun pada masa berkempen ura-ura mengatakan dia tidak mahu menjadi Ketuan Menteri.
Dari permerhatian PMW orang cina selesa dengan DAP kerana DAP mempertahankan hak-hak mereka orang cina dan dalam diam melaburkan banyak kepada orang-orang cina.
Soalan PMW apakah hak-hak mereka?
Bagaimana dikatakan mempertahankan?
Adakah dengan agenda menghalau orang melayu dari pulau dinamakan mempertahankan hak orang cina?
Apa yang PMW boleh katakan orang-orang cina di Pulau Pinang ini adalah racist. Mereka memang tidak mahukan orang melayu duduk di sebelah pulau.
Kerajaan DAP pasti akan mengatur strategi untuk menghalau orang melayu dari pulau dengan lebih agresif. Jika 5 tahun yang lepas sebanyak 13000++ telah berpindah ke Kulim, Seberang Perai, Kepala Batas maka tak mustahil akan datang pasti ramai lagi akan keluar dari pulau kerana tidak tahan dengan pemerintahan LGE.
Apa-apa pun PMW mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengundi BN, semoga anda semua diberkati dan selamat dari terkaman LGE. Terutama mereka di kampung di Jalan Tengah.

Akhirnya PMW simpulkan seluruh Malaysia, orang PAS diperkudakan iaitu kena pangkah calon DAP tapi orang cina DAP tak pangkah calon PAS. Fikir-fikirkanlah orang-orang PAS.

Saturday 4 May 2013

Anwar Lari Ke Kedah Bila Tahu Tun Mahathir Akan Datang Permatang Pauh

Selamat pagi dan Salam 1Malaysia kepada semua rakyat Malaysia

Semalam Tun Mahathir telah datang ke Permatang Pauh. Tun telah hadir dalam majlis Tahlil dan Solat Hajat untuk kemenangan Barisan Nasional. Boleh dikatakan lebih daripada 5,000 orang yang hadir. Sementara itu Anwar Ibrahim telah menaiki jet

Photo: Santai ayahanda
Gambar ikhsan dari page

Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad

Tun Mahathir juga memberikan ucapan kepada penduduk Permatang Pauh. Antara kandungan ucapan beliau, Tun menyeru penduduk Permatang Pauh jangan tertipu dengan Anwar Ibrahim. Beliau sendiri telah tertipu selama 22 tahun. Beliau sebelum ini menganggap Anwar Ibrahim sebagai ikon Islam muda yang baik untuk membantu UMNO. Rupanya Anwar Ibrahim adalah syaitan bertopengkan manusia. Jadi Tun menyeru pengundi Permatang Pauh untuk menolak Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya kali ini.

Ucapan beliau juga menyindir sikap-sikap pemimpin Pakatan Rakyat yang acuh tak acuh iaitu mahukan kuasa tapi kerja untuk rakyat tak mahu. Secara ringkasnya, Barisan Nasional adalah parti yang terbaik untuk memimpin negara. Persepsi-persepsi negatif ini hanya adalah rekaan semata-mata yang direka oleh pemimpin Pakatan Rakyat untuk memancing undi rakyat sahaja.

Undilah Barisan Nasional.
Sesungguhnya Barisan Nasional adalah parti yang paling relevan dan telah terbukti kejayaan parti tersebut.
Persepsi jahat yang direka untuk memburuk-burukkan Barisan Nasional pasti akan terdedah kebenarannya, jika tidak di dunia pasti di akhirat.

Fikir-fikirkanlah dan jangan taksub.

Undi Barisan Nasional esok 05 Mei 2013.
Semoga Allah Memberkati Barisan Nasional dan Memberi Penunjuk dan HidayahNya kepada pengundi untuk mengundi Barisan Nasional.

Undilah Barisan Nasional



Thursday 2 May 2013

M16 DIKEPALA NURUL IZZAH


BAPA BOREK ANAK RINTIK
INILAH DIA BILA ILMU PERSEPSI JAHAT TELAH TURUN KE ANAKNYA
NURUL IZZAH MEMANG SENGAJA DAN MENGGUNAKAN ORANG LAIN UNTUK MEREKA PERSEPSI
BAYANGKAN JIKA SEKARANG TIDAK MEMERINTAH PUN DAH MEMBERI MAKLUMAT YANG SALAH APATAH LAGI BILA MENDAPAT KUASA

PKR PENIPU BESAR
NURUL IZZAH PENIPU BESAR
ANWAR IBRAHIM PENIPU BESAR
TOLAK PKR
TOLAK NURUL IZZAH
TOLAK ANWAR IBRAHIM
TOLAK PAKATAN TAK DAFTAR

KENAPA SOKONG BN? VS KENAPA SOKONG PAKATAN TAK DAFTAR?


BARISAN NASIONAL ADALAH YANG TERBAIK
AKAN TETAPI BARISAN NASIONAL TERUS MELAKUKAN TRANSFORMASI UNTUK KEBAIKAN RAKYAT DAN NEGARA
BAYANGKAN YANG BAIK DITRANSFORM MENJADI LEBIH BAIK
YANG LEBIH BAIK DIJADIKAN YANG TERBAIK
TAK PERLU UBAH DAN KATAKAN LAIN KALILAH PAKATAN TAK DAFTAR

UNDILAH BARISAN NASIONAL
VOTE FOR BARISAN NASIONAL

AKU JANJI BARISAN NASIONAL VS MANIFESTO PAKATAN TAK DAFTAR

Barisan Nasional melakukan banyak kebaikan dan berbakti kepada rakyat dengan penuh telus.
Kelemahan Barisan Nasional yang paling utama ialah Barisan Nasional terlalu 'humble' atau rendah diri 
Disebabkan ini, kebaikkan dan kejayaan Barisan Nasional susah untuk didengari.
Lihatlah rakyat Malaysia, Barisan Nasional melakukan semuanya untuk rakyat
Pakatan Rakyat licik mengambil kesempatan atas kebaikan Barisan Nasional
UNDILAH BARISAN NASIONAL UNTUK KEMAJUAN NEGARA
DEMI BANGSA,AGAMA DAN NEGARA
UNDI BARISAN NASIONAL
VOTE FOR BARISAN NASIONAL


Tuesday 30 April 2013

Anwar Akan Kalah Di Permatang Pauh

Sebelum ini, Anwar Ibrahim telah pergi berkempen di tempat lain dan akan dijadualkan pulang ke Pulau Pinang pada 03 Mei 2013.

Perancangan itu telah berubah dan sekarang Anwar pulang ke Pulau Pinang dan berkempen. Kenapa?
Untuk berita selanjutnya KLIK DISINI

Monday 29 April 2013

Chegu Bard Kena Tikam Di Sungai Acheh

Mereka kata mereka sudah sepakat. Mereka kata mereka akan bagi pada PKR. Mereka kata boleh bekerjasama lebih baik daripada BN. Hakikatnya PKR,PAS dan DAP tidak sepakat dan tidak boleh bekerjasama. Dalam diam-diam PAS berkempen untuk calon mereka.

Pada 27 April 2013, didapati satu kumpulan Muslimah Pas telah pergi berkempen di Kampung Chenaam. Muslimah ini berbaju hijau dan pergi rumah ke rumah berkempen untuk memancing undi. Ingatkan mereka memancing undi untuk Chegu Bard tetapi sebaliknya. Keputusan MT mengatakan PAS dengan rela hati akan tarik diri dan tidak akan berkempen untuk calon PAS. Berita Selanjutnya
 



















APA SUDAH JADI?


Muslimah PAS pergi pada setiap rumah untuk meminta orang kampung di kawasan tersebut memberi undi kepada calon mereka iaitu Ustaz Yusni Mat Piah. Namun apa yang dilakukan oleh pihak PAS ini tidak mendapat restu dari PKR kerana ianya mengganggu kedudukan dan kemenangan Chegu Bard yang turut bertanding di kawasan tersebut.

Jika perkara ini pun tidak dapat sepakat apatah lagi memerintah negara nanti. Bagi orang-orang PAS, Chegu Bard bukanlah seorang pemimpin yang bersih. Silap-silap ucapan Haji Hadi tentang 'CALON PENGEDAR PIL KUDA' ada kaitan dengan Chegu Bard.

Pengundi DUN Sg Acheh hendaklah menolak PAS dan PKR di kawasan tersebut.
Pilihlah Barisan Nasional yang sudah terbukti berkesan dan boleh bekerjasama dalam membela hak rakyat.

UNDI BN
VOTE FOR BN

Sunday 28 April 2013

Pakat Semakin Rapat Atau Semakin Jauh?

Persefahaman parti politik melibatkan pelbagai kaum dan agama ini bukanlah satu usaha yang mudah kerana banyak negara persefahaman walaupun sesama bangsa adakalanya begitu sukar dicapai. Inikan pula jika melibatkan pelbagai agama dan kaum sudah pasti akan timbul pelbagai tuntutan dan kerenah yang adakalanya keterlaluan untuk dipenuhi sehingga mampu menimbulkan kesengketaan.

Pakatan pembangkang masih gagal menunjukkan kesepakatan sebagai satu pasukan yang mantap untuk memimpin negara seperti yang dilakukan BN selama ini.
Tidak wujud satu perkongsian yang benar-benar ikhlas dan jujur dalam pakatan mengenari perkara penting seperti prinsip dan ideologi parti itu. Itu belum melibatkan soal kepentingan rakyat dan masa depan negara.

Hanya satu perkara yang dikongsi bersama iaitu keinginan membuak menawan Putrajaya dan menumbangkan BN, satu asas yang lebih berbentuk PERIBADI dan DENDAM yang mungkin terkumpul sejak sekian lama.
Apakah hanya dengan berasaskan prinsip ini rakyat Malaysia mahu memberi peluang kepada pakatan pada pilihan raya kali ini? Memang mudah bagi pembangkang untuk menabur fitnah dan janji yang 'enak' didengari namun kredibiliti mereka sebagai pakatan yang mantap persefahamannya masih jauh dari sempurna dan sering terperangkap dalam polimek yang ditimbulkan sesama sendiri.

Hakikatnya masih banyak perseteruan dan salah faham yang tidak selesai dan akan sentiasa wujud ekoran kegagalan mereka berfungsi dan bergerak seperti mana BN. Sudah jelas bahawa isu-isu asas dan penting masih jauh dari penyelesaian seperti isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu dan usaha memurtadkan orang Islam yang umpama api dalam sekam dalam hubungan antara PAS dan DAP dan PKR.

Jika perkara asas sebegini pun masih gagal mencari penyelesaian apakah rakyat mahu pakatan yang huru-hara ini memerintah negara. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat yang terperangkap dengan slogan dan janji manis malah boleh pula menyatakan manifesto itu bukanlah janji.

Maka rakyat Malaysia perlu menolak sekeras-kerasnya terhadap pakatan yang semakin retak dan tidak dapat bersatu dalam keputusan mereka. Jika mereka menang rakyat Malaysia juga akan sengsara. BN terbukti yang terbaik dan paling relevan pada masa ini.

Bersama-samalah kita pada 5 Mei nanti mengundi Barisan Nasional.
Undi Barisan Nasional untuk Ksejahteraan, Keamanan, Kestabilan Negara

Friday 26 April 2013

Hudud Nik Aziz Hanya Semasa Pilihan Raya

Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata PAS tidak akan dapat melaksanakan hukum hudud walaupun pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13). Ini kerana mereka akan bergaduh sesama sendiri. Jika sekarang pun tidak dapat persefahaman inikan pula akan datang.

Apa yang dikatakan oleh Dr Mohd Asri ada juga kebenarannya. Setiap kali pilihan raya tidak kira umum atau kecil pasti Nik Aziz dan Haji Hadi akan kata nak laksanakan hudud. Akan tetapi setelah menang/kalah tidak keluar satu pun dari mulut mereka akan melaksanakan hudud. Ini seperti janji kosong setiap pilihan raya. Yang PMW pelik ada juga yang termakan janji ini sedangkan dan 20 tahun benda ini dijanjikan dan tak pun dilaksanakan.

Karpal Singh berkeras dan sama sekali menolak hudud. Lim Kit Siang juga menyatakan benda yang sama tidak mahu laksanakan hudud. Anwar Ibrahim tidak menyatakan apa kerana mahu menjaga hati DAP dan PAS tetapi PMW tahu Anwar Ibrahim pasti tidak mahu laksanakan kerana Anwar Ibrahim membela orang-orang yang mempunyai banyak masalah di dalam PKR.

Pengundi-pengundi hendakaklah jangan termakan dengan janji palsu oleh Nik Aziz dan Haji Hadi. Setiap kali pilihanraya pasti kata nak laksanakan. Penyokong-penyokong Pas sepatutnya sudah sedar akan budaya Nik Aziz yang cuba menarik undi sahaja.

TOLAK PAS
TOLAK PKR
TOLAK DAP

UNDI BN
VOTE FOR BN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...