Persefahaman parti politik melibatkan pelbagai kaum dan agama ini bukanlah satu usaha yang mudah kerana banyak negara persefahaman walaupun sesama bangsa adakalanya begitu sukar dicapai. Inikan pula jika melibatkan pelbagai agama dan kaum sudah pasti akan timbul pelbagai tuntutan dan kerenah yang adakalanya keterlaluan untuk dipenuhi sehingga mampu menimbulkan kesengketaan.
Pakatan pembangkang masih gagal menunjukkan kesepakatan sebagai satu pasukan yang mantap untuk memimpin negara seperti yang dilakukan BN selama ini.
Tidak wujud satu perkongsian yang benar-benar ikhlas dan jujur dalam pakatan mengenari perkara penting seperti prinsip dan ideologi parti itu. Itu belum melibatkan soal kepentingan rakyat dan masa depan negara.
Hanya satu perkara yang dikongsi bersama iaitu keinginan membuak menawan Putrajaya dan menumbangkan BN, satu asas yang lebih berbentuk PERIBADI dan DENDAM yang mungkin terkumpul sejak sekian lama.
Apakah hanya dengan berasaskan prinsip ini rakyat Malaysia mahu memberi peluang kepada pakatan pada pilihan raya kali ini? Memang mudah bagi pembangkang untuk menabur fitnah dan janji yang 'enak' didengari namun kredibiliti mereka sebagai pakatan yang mantap persefahamannya masih jauh dari sempurna dan sering terperangkap dalam polimek yang ditimbulkan sesama sendiri.
Hakikatnya masih banyak perseteruan dan salah faham yang tidak selesai dan akan sentiasa wujud ekoran kegagalan mereka berfungsi dan bergerak seperti mana BN. Sudah jelas bahawa isu-isu asas dan penting masih jauh dari penyelesaian seperti isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu dan usaha memurtadkan orang Islam yang umpama api dalam sekam dalam hubungan antara PAS dan DAP dan PKR.
Jika perkara asas sebegini pun masih gagal mencari penyelesaian apakah rakyat mahu pakatan yang huru-hara ini memerintah negara. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat yang terperangkap dengan slogan dan janji manis malah boleh pula menyatakan manifesto itu bukanlah janji.
Maka rakyat Malaysia perlu menolak sekeras-kerasnya terhadap pakatan yang semakin retak dan tidak dapat bersatu dalam keputusan mereka. Jika mereka menang rakyat Malaysia juga akan sengsara. BN terbukti yang terbaik dan paling relevan pada masa ini.
Bersama-samalah kita pada 5 Mei nanti mengundi Barisan Nasional.
Undi Barisan Nasional untuk Ksejahteraan, Keamanan, Kestabilan Negara
No comments:
Post a Comment