Monday 1 April 2013

Lahad Datu : Lelaki Miliki Maklumat Penting Dicari

Polis sedang mengesan Datuk Seri Muhamad Ridhwan Sulaiman bagi membantu siasatan berhubung kaitanya dalam pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna.

Lelaki yang memegang jawatan Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Islamiah Malaysia itu dikatakan mempunyai maklumat penting berhubung kejadian itu.

Siasatan polis mendapati beliau yang beralamat di Pengkalan Weld, Georgtown, Pulau Pinang masih di dalam negara. Polis percaya lelaki ini mempunya maklumat penting yang dapat membantu polis dalam siasatan berkaitan Ops Daulat. Justeru, polis meminta lelaki ini tampil menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

Datuk Seri Muhamad Ridhwan Sulaiman

Presiden Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Islamiah Seri Muhamad Ridhwan Sulaiman mengakui pernah berjumpa dan memberi bantuan kewangan kepada 'Sultan Sulu' di Pulau Jolo, selatan Filipina, tahun lalu.

Beliau berkata dalam pertemuan pada 15 dan 16 September tahun lalu itu beliau mengadakan perjumpaan dengan Sultan Sulu sebenar, iaitu Sultan Muedzul Lain Tan Kiram. Beliau menafikan menemui ketua pengganas yang menceroboh Sabah, Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa mewarisi pemimpinan Kesultanan Sulu.

"Perjumpaan itu bagi menghadiri majlis perlantikannya sebagai Sultan Sulu. Memang benar saya ada memberi bantuan kewangan kepadanya (Sultan Muedzul Lail Tan Kiram) tapi bukan Sultan Jamarul Kiram III.


Muhamad Ridhwan berkata, beliau akan ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini bagi memberi keterangan. Sementara itu, menurut sumber, nama Muhamad Ridhwan muncul hasil siasatan polis terhadap suspek yang ditangkap di Lahad Datu beberapa hari lalu.

Selain itu polis mengesan gambar pertemuan lelaki berusia lewat 40-an itu dengan pihak yang mendakwa Sultan Sulu di Pulau Jolo, Selatan Filipina tahun lalu. Dia juga dikatakan mempunyai kaitan dalam aktiviti penyaluran dana kepada kumpulan tertentu di selatan Filipina.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...