Seorang lagi orang luar akan bertanding di Pulau Pinang. Malam ini digemparkan bahawa Chegu Bard atau Badrul Hisham Shahrin akan bertanding di Pulau Pinang.
PMW dikhabarkan Chegu Bard akan bertanding di DUN Sungai Acheh. Kenapa nak bertanding di Pulau Pinang? Chegu Bard berasal dari Negeri Sembilan atau lebih spesifik Rembau, disebabkan dia Not Wanted di Rembau. Dia bukan anak jati Pulau Pinang lagilah tidak pernah berbakti kepada orang-orang Pulau Pinang.
Apa yang PMW tahu, bakti yang Chegu Bard telah lakukan ialah mengupah mahasiswa/i UIA datang ke Pulau Pinang untuk membuat demostrasi. Petang tadi iaitu 10 April 2013 dikala hujan lebat mahasiswa/i UIA (orang upahan) telah membuat demostrasi di Komtar. Mereka membawa slogan tolak UMNO. Tidak tahukah mereka bahawa orang-orang Penang seperti PMW sudah muak dan tidak mahu dipermainkan lagi DAP. 5 tahun sudah kami sengsara cukuplah tiada lagi kerajaan DAP selepas ini. Kami tolak DAP, tolak PKR, tolak PAS malah TOLAK PAKATAN RAKYAT
Mari kita orang Pulau Pinang menolak Chegu Bard, Anwar Ibrahim dan semua calon-calon Pakatan Haram.
UNDI BARISAN NASIONAL UNTUK KEMAJUAN RAKYAT PULAU PINANG
No comments:
Post a Comment