Tuesday, 2 April 2013

Rakyat Pulau Pinang Tolak DAP

Keengganan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk 'berentap' dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow di kerusi yang ditentukan BN menunjukkan beliau sedar tentang gelombang penolakan rakyat Pulau Pinang terhadap DAP.

Perkembangan itu memaksa Guan Eng memilih kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota yang dirasakannya selamat bagi menjamin kedudukannya sebagai wakil rakyat.

Tindak tanduk Guan Eng tidak menghairankan kerana beliau sememangnya tidak suka cabaran dan lebih gemar memilih jalan selamat. Sekiranya Guan Eng yakin rakyat menyokongnya, sudah tentu beliau bersedia bertanding di mana-mana sahaja kerusi DUN yang bukan kubu kuat DAP.

Tindakan Guan Eng memilih DUN Padang Kota membayangkan Setiausaha Agung DAP itu tidak berani untuk 'berentap' dengan Chang Yeow.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...