Thursday, 11 April 2013

Rafizi Ramli Meroyan Minta Duit Rakyat

Apa sudah jadi? Apa sudah jadi?
Adakah PKR terlalu tertekan? Rafizi memohon rakyat untuk mendermakan duit BR1M yang diberi oleh Barisan Nasional ke Tabung PKR. Rafizi mengarut sahaja. Apa PKR nak gunakan duit yang tak disokokng oleh Nik Aziz untuk pergerakan PKR? Nik Aziz setuju ke?

Situasi semakin pelik, kenapa berlaku sehingga begini? Bukankah sepatutnya seseorang itu bertanding di Pilihan Raya adalah untuk berbakti kepada rakyat. Tetapi sekarang ini, PKR ini sungguh tidak adil kerana seperti mahu rakyat melabur jika mahu mereka berbakti. Kenapa begitu sekali? Atau sebenarnya ada agenda lain?

PMW dipahamkan ini adalah strategi PKR melalui Rafizi untuk lari dari tindakan jika disoalan mana datang sumber kewangan PKR PRU13 ini. Seperti yang telah maklum, PKR mempunya dana yang besar, duit mereka banyak jadi untuk dielakkan daripada dikenakan tindakan atau melanggar syarat oleh SPR maka dibuat tabung ini. Alasan mudah untuk mereka berikan iaitu datang dari duit rakyat sedangkan cerita sebenarnya tiada pun rakyat yang dermakan.

Persoalan PMW timbul adalah dimana datangnya dana yang besar ini? Dari mana kewangan ini muncul? Siapakah yang sungguh baik itu hingga memberi dana yang banyak untuk membiayai kewangan PKR? Apakah habuan yang menanti mereka yang melabur?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...