Sunday, 14 April 2013

Dua Calon Satu Tempat Strategi Anwar Ibrahim

Seperti yang diketahui, pada hari Khamis yang lepas hampir 100 orang ahli PKR Balik Pulau telah membuat satu demonstrasi aman menolak calon yang telah diumumkan oleh Anwar Ibrahim.

Ahli-ahli PKR ini tidak mahu akan calon yang baru iaitu Muhammad Bakhtiar Che Wan, 48.
Mereka mahukan penyandang YB Balik Pulau sebelum ini iaitu Yusmadi Yusof. Demostrasi ini bertujuan menolak Bakhtiar kerana dikhabarkan dia bukan orang tempatan. Bagi PMW ini mengarut sahaja, walaupun Yusmadi asalnya dari Balik Pulau, dia sudah tidak menetap di Balik Pulau lagi. Sepanjang perkhidmatannya Yusmadi sama sahaja seperti bukan orang tempatan kerana jarang-jarang turun kawasan.

Bagi kebanyakkan orang ini adalah pergolakan antara mereka. Apakah jika ini adalah salah satu taktik Anwar Ibrahim? PMW melihat dari satu sudut pandangan yang mungkin agak berbeza.

Pengumuman ini hanyalah bersifat sementara. Ini adalah hanya ingin menguji kekuatan penyandang-penyandang yang menang. Seperti yang diketahui, Anwar mengumumkan akan bertanding tempat lain kemudian membuat U-Turn. Taktik ini hanya ingin menguji kekuatan dia di Parlimen Permatang Pauh. Kedua, taktik ini dapat menaikkan populariti juga. Populariti dapat meningkat dengan menyatakan kononnya Anwar Ibrahim memenuhi permintaan rakyatnya. Jika didapati tidak mendapat sambutan seperti di Balik Pulau maka calon baru yang diumumkan akan menjadi calon tersebut.

Sama juga untuk taktik menamankan dua calon di satu Parlimen iaitu satu Pas dan satu PKR. Ini adalah kerana perebutan kerusi tidak dapat diselesaikan di meja perundingan di antara pemimpin tertinggi pakatan haram. Taktik ini digunakan di Pilihan Raya Amerika Syarikat, iaitu menengahkan dua calon dan calon yang popularlah akan bertanding.

Jadi rakan-rakan seperjuangan sedarlah Anwar Ibrahim seorang yang licik. Dia tidak bodoh, jika dia bodoh pasti Dr. Mahathir tidak kena tipu selama 20 tahun.

Jangan lalai dan leka.
Jangan lupa dan tidur

Teruskan berjuang, jangan mengeluh
Perjuagan ini adalah untuk masa hadapan
Untuk anak bangsa Malaysia

Undi Barisan Nasional







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...