Apabila
DSAI dan Lim Kit Siang (LKS) telah di umumkan akan bertanding di Perak
dan Johor pada PRU 13, ini bermakna strategi dan formula 100 (1+1) + 30%
= Putrajaya telah menjadi realiti. Kedua-dua pemimpin Gergasi Pakatan
Rakyat(PR) ini telah mengunakan strategi "test market" dalam perang
saikologi mereka kepada kepimpinan BN. Formula 100(1+1)+30% = Putrajaya
sudah mula menampakkan perlaksanaan tapi Pakatan Rakyat masih mahu
bermain strategi kerana mereka pun masih belum yakin dengan Formula
tersebut selepas respond yang mereka terima tidak di yakini oleh
pengundi-pengundi PRU 13.
Walaupun
begitu para strategi Pakatan Rakyat masih terus cuba untuk memasukkan
agenda formula tersebut ke dalam minda para pengundi seolah-olah mereka
sangat kuat dan mampu untuk ke Putrajaya. Malah dalam dua minggu ini,
kita dapati terdapat pengumuman-pengumuman dari kepimpinan Pakatan
Rakyat untuk mencaturkan dimana pemimpin mereka akan bertanding. DSAI
telah "test market" untuk bertanding di Perak. Manakala Lim Kit Siang
pula sudah diumumkan akan bertanding di Gelang Patah Johor. Saifudin
Nasation dari Kelantan telah bertukar ke Kulim/Bandar Baru Kedah.
Sallehudin Ayob juga telah bertukar dari Kelantan ke Johor. Ini bermakna
setakat ini hanya Sallehudin Ayob saja sebagai pemimpin PAS yang
diberitakan akan berubah tempat, lain-lain pemimpin PAS masih tak
sanggup untuk menerima pakai formula 100(1+1)+30% = Putrajaya, mungkin
PAS belum berani untuk menanggung risiko "kamikaze" strategi Pakatan
Rakyat.
Secara
strateginya apa yang berlaku diambang PRU 13 (semasa penulisan ini
Najib belum umumkan pembubaran Parlimen), ialah para strategi Pakatan
Rakyat cuba" membentuk pemahaman dalam minda pengundi dan rakyat
Malaysia yang Pakatan Rakyat sangat bersedia dan mampu membentuk
kerajaan persekutuan" dan mengharapkan rakyat Malaysia dapat "visualkan"
dalam minda mereka yang Pakatan Rakyat mampu. Inilah strategi mereka
sekarang. Ia itu satu strategi permainan minda yang cukup berkesan,
untuk mereka cuba menyaingi strategi BN yang pada masa ini berjaya
menyebabkan Pakatan Rakyat dalam keadaan defensif.
Untuk Bacaan Lanjut KLIK DISINI
No comments:
Post a Comment