Thursday 25 April 2013

Jentera Pas Boikot Chegu Bard

Pas Pulau Pinang akur dengan keputusan Pas Pusat supaya menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sg. Acheh kepada KeADILan dengan syarat pemimpin Pas Pusat turun padang secepat mungkin memberikan penjelasan.

Pas Pulau Pinang memang selalu akur, persoalannya adakah akar umbi Pas akan akur? PMW sudah lama tidak update atas sebab-sebab tertentu. PMW sendiri telah pergi ke penamaan calon Parlimen Nibong Tebal di Pejabat Daerah dan mendengar rintihan akar umbi Pas yang tidak mahukan Chegu Bard. Ada juga sibuk berdebat dengan ahli PKR lain tentang Chegu Bard bertanding di Sg Acheh.

Kenapa dikenakan syarat Pas Pusat kena cepat turun di kawasan tersebut? Kerana Pas Pulau Pinang tahu yang akar umbi mereka merajuk dan ingin memboikot kali ini. Mereka tidak mahu bekerja dan tidak mahu mengundi untuk Chegu Bard. Walaupun calon Pas cuba memujuk jentera-jentera Pas selepas penamaan calon ternyata gagal. Mereka (jentera Pas) mencabut poster atau bendera Pas sepanjang perjalanan mereka ke Masjid. Di situ pula ramai jentera-jentera meluahkan perasaan tidak puas hati kepada pihak PKR dan Chegu Bard.

Ramai pemimpin Pas cuba menangkis perkara ini dan menidakkannya di media dan juga ceramah umum, perkara sebenar boleh didapatkan di Nibong Tebal sahaja. Jentera Pas betul-betul merajuk dan tidak mahu bekerja untuk kemenangan Chegu Bard.

Beginikah yang dikatakan pakatan? Tidak terlintas langsung di mata PMW perkara yang nak dipakatkan apatah lagi mahu bekerjasama untuk memerintah. PMW berharap pembaca dan pengundi Pulau Pinang dapat menilai dengan bijak bahawa pakatan itu semakin runtuh dan tidak layak memerintah Malaysia

Undilah Barisan Nasional untuk kemajuan negara dan kestabilan serta keamanan negara

1 UNDI UNTUK BARISAN MENJAMIN MASA DEPAN ANDA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...