Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata PAS tidak akan dapat melaksanakan hukum hudud walaupun pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13). Ini kerana mereka akan bergaduh sesama sendiri. Jika sekarang pun tidak dapat persefahaman inikan pula akan datang.
Apa yang dikatakan oleh Dr Mohd Asri ada juga kebenarannya. Setiap kali pilihan raya tidak kira umum atau kecil pasti Nik Aziz dan Haji Hadi akan kata nak laksanakan hudud. Akan tetapi setelah menang/kalah tidak keluar satu pun dari mulut mereka akan melaksanakan hudud. Ini seperti janji kosong setiap pilihan raya. Yang PMW pelik ada juga yang termakan janji ini sedangkan dan 20 tahun benda ini dijanjikan dan tak pun dilaksanakan.
Karpal Singh berkeras dan sama sekali menolak hudud. Lim Kit Siang juga menyatakan benda yang sama tidak mahu laksanakan hudud. Anwar Ibrahim tidak menyatakan apa kerana mahu menjaga hati DAP dan PAS tetapi PMW tahu Anwar Ibrahim pasti tidak mahu laksanakan kerana Anwar Ibrahim membela orang-orang yang mempunyai banyak masalah di dalam PKR.
Pengundi-pengundi hendakaklah jangan termakan dengan janji palsu oleh Nik Aziz dan Haji Hadi. Setiap kali pilihanraya pasti kata nak laksanakan. Penyokong-penyokong Pas sepatutnya sudah sedar akan budaya Nik Aziz yang cuba menarik undi sahaja.
TOLAK PAS
TOLAK PKR
TOLAK DAP
UNDI BN
VOTE FOR BN
No comments:
Post a Comment