Saturday 30 March 2013

2 juta rakyat Malaysia Di Luar Negara Pengundi Pos

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya menerima 5,918 permohonan sehingga pagi ini daripada rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi secara pos di bawah kategori pengundi luar negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bagaimanapun, daripada jumlah itu, sebanyak 751 permohonan di tolak atau tidak layak menjadikan jumlah rakyat Malaysia di luar negara mengundi seramai 5,167 orang.

Semua permohonan itu diterima daripada rakyat Malaysia yang berada die 80 buah negara di seluruh dunia.

Permohonan tertinggi pengundi luar negara diterima daripada rakyat Malaysia di Australia iaitu sebanyak 1,206 diikuti United Kingdom (871), China (513) dan Amerika Syarikat (342). Taiwan menduduki tempat kelima dengan 183 permohonan, diikuti Emiriah Arab Bersatu (170), Qatar (169), New Zealand (142), Mesir (128) dan Jepun(122). Selebihnya dari negara-negara lain.

Sebelum ini ada pihak yang mendakwa terdapat dua juta rakyat Malaysia di luar negara yang tidak dihiraukan dan menjadi mangsa kepada sistem pilihanraya kita kerana tidak dapat mengundi. Sekarang apabila SPR benarkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi secara pos,hanya 5,000 lebih sahaja yang memohon walaupun SPR sudah melakukan promosi dan sesi peneranagan di luar negara

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...