Monday 25 March 2013

PAS Kini Makin Tersepit ; Anwar Memang Suka Benda Sempit

Pas dalam keadaan yang cukup tersepit dan hanya menunggu masa untum jatuh selepas mendapat bantahan berterusan pelbagai pihak terhadap halu tuju perjuangan parti itu yang semakin menyeleweng.
Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Pas Pusat, Prof Md Noor Deris, berkata parti itu makin jauh tersasar daripada perjuangan asal, dibelenggu terlalu banyak isu yang menunjukkan pemimpin PAS sekarang cuma mementingkan kuasa dan cita-cita hingga sanggup mengenepikan perjuangan Islam.
"Ramai (pemimpin dan ahli PAS) keluar parti kerana mereka sedar perjuangan menegakkan kalimah Allah sangat penting. Kenapa mesti ikut kehendak parti lain yang jelas tidak sesekali akan membenarkan syiar Islam jika mereka berkuasa," katanya.

TUJUH DALIL
Ulama dan pendakwah daripada empat pertubuhan kerajaan (NGO) di Kelantan yang mempunyai 10,000 ahli, memutuskan PAS menyeleweng serta menggadai akidah demi kuasa dan haram menyokong pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Mereka mengemukakan tujuh dalil menyokong keputusan itu, antaranya berkaitan isu kalimah Allah; Amanat Haji Hadi; menyalahgunakan ayat Al-Quran; pemimpin PAS sebenarnya menolak hudud; PAS tidak memperjuangkan negara Islam; Datuk Seri Anwar Ibrahim sifatkan undang-undang homoseksual itu lapuk dan perlu dihapuskan dan PAS bersekongkol dengan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...