Wednesday 20 March 2013

Anwar Tepis Sumpah Laknat Saiful


Videoklip diatas adalah footage sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan pada hari Jumaat 14 Sya'ban 1429 bersamaan 15 Ogos 2008 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Lafaz sumpah itu adalah saperti berikut:
"Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Kad Pengenalan No. 850706-01-5687 pada hari ini bersumpah dengan lafaz Bismillah hirrohmanirrohim, Wallahi, Watallahi, Wabillahi, bahawa sesungguhnya saya telah diliwat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Dato' Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya kedalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap ALLAH swt dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada ALLAH swt sehingga ke kiamat".
Lafaz sumpah laknat itu disaksikan oleh Imam Masjid Wilayah Ustaz Romlan Porigi. Turut hadir menemani Saiful dengan baju Melayu muda bersamping kotak ialah ayah Saiful sendiri Azlan Mohd. Lazim. Selepas mendengar dengan setia lafaz sumpah laknat itu, Azlan Mohd. Lazim bersalaman dengan anaknya Saiful, kemudian memeluk Saiful dengan penuh erat tanda sokongan dan keredhaan!
Akan tetapi selepas 5 tahun PRU 2012, bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim membuat liputan media mengatakan anaknya digunakan oleh pihak yang tertentu


Pada pandang Most Wanted Crew , kenapa perlu tunggu sehingga begitu lama?
Adakah ini adalah modus operandi oleh PKR? Kami berkata begitu kerana Azlan Mohd Lazim telah menjadi ahli PKR selepas liputan media yang mengatakannya anaknya Saiful telah dipergunakan.
Bagi kami Azlan Mohd Lazim telah dipergunakan. Dalam artikel saya sebelum ini telah mengatakan jika Saiful menipu pasti dia sudah dilaknat oleh Allah S.W.T - KLIK SINI KE ARTIKEL TERSEBUT
Ditambah lagi dengan komen dari Zulkifli Nordin , Peguam Bela Anwar Ibrahim semasa kes Liwat pertamanya - KLIK SINI KE ARTIKEL TERSEBUT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...