Hari ini hari Ahad, hari cuti hampir kepada semua manusia sejagat di Malaysia dan seluruh dunia.
Tetapi hari ini ramai orang yang sibuk membela pemimpin mereka katanya difitnah.
Ada yang kata ini konspirasi UMNO, ada pula yang kata bawakan 4 saksi, ada pula yang berhajat ingin menunaikan Solat Hajat. Yang paling menarik ada orang menghantar sms jemputa hadir ke Jemputan Pidota Perdana bersama Dato Seri Anwar Ibrahim dengan tajuk utamanya : Anwar Ibrahim Liwat Lagi? Program ini akan diadakan di Pasir Gudang esok.
Adakah anda masih mahu membela pemimpin anda itu?
Saya ingin bawa anda kembali ingat kepada satu kisah seorang pemuda bernama Mohd Saiful Bukhari Azlan. Baru-baru ini bapa kandungnya membuat liputan berita mengatakan dia (Saiful) telah dipergunakan oleh agen-agen UMNO.
Apakah dia sumpah laknat?
Sumpah yang semacam itu dikenali sebagai mubahalah iaitu bermakna saling
melaknat sesiapa yang berbohong antara kedua-dua belah pihak, termasuk
orang yang bersumpah. Sumpah laknat melibatkan orang yang bersumpah itu
sendiri. Andai kata apa yang disumpah tidak betul, sesuatu yang batil,
ertinya orang yang bersumpah juga termasuk dalam mereka yang dilaknat
dalam sumpahan itu.
Dalam Surah al-Imran Ayat 61 Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian
sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) tentang kisah Isa sesudah
datang ilmu (yang meyakinkan ) kamu, maka katakanlah (kepadanya):
“Marilah kita memanggil anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan
perempuan-perempuan kami serta perempuan- perempuan kamu, dan diri kami
serta diri kami, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan
kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.
Di dalam sumpah Saiful dia akan dilaknat oleh Allah S.W.T jika dia berbohong. Sehingag hari ini, Anwar Ibrahim masih tidak bersumpah laknat. Dan yang paling penting kita dapat lihat sehingga hari ini
Saiful Bukhari Azlan Tidak Dilaknat Oleh Allah S.W.T
Persoalan saya adakah kamu orang-orang Islam meragui Kekuasan Allah S.W.T?
Jika Saiful menipu maka Allah S.W.T akan menurunkan laknatNya ke atas Saiful
Sekarang terserah kepada saudara-saudara seIslamku, fikir-fikirkanlah secara mendalam. Buangkan taksub, buangkan ego, buangkan politik dan berpeganglah kepada penunjuk Allah S.W,T
Minta Hadi Awang, bekas Menteri Besar Negeri Terengganu beri tazkirah bertajuk "peringatan Allah tentang Kaum Lut"
ReplyDelete