Tuesday, 26 March 2013
Guan Eng Bina Terowong Putar Belit Di Penang
Kerajaan DAP Pulau Pinang menggunakan alasan terpaksa mengenakan tol ke atas kenderaan yang menggunakan terowong dasar laut bagi mengelak dianggap sebgai sabotaj projek Persekutuan.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Shaik Hussein Mydin, berkata alasan yang diberikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu bukan sahaja tidak masuk akal tetapi seolah-olah MEMPERBODOHKAN rakyat PULAU PINANG dengan memberikan ia sebagai alasan kukuh untuk mengutip tol.
Beliau berkata, Guan Eng sepatutnya perlu membuktikan mereka mampu memberikan perkhidmatan secara percuma kepada pengguna terowong berkenaan dan memasukkannya sebagai janji manifesto pakatan pembankang.
Selain tidak mahu dianggap sebgai mensabotaj, projek Kerajaan Pusat, Guan Eng kelmarin turut mendakwa kutipan tol dibuat untuk memastikan projek terowong itu dapat diteruskan dan tidak dihalang oleh Kerajaan Pusat serta tidak kalah jika dibawa ke mahkamah.
Shaik Hussein berkata, pakatan pembangkang sebelum ini berjanji hendak menghapuskan kutipan tol Sungai Nyior tetapi selepas menang dan menjadi kerajaan negeri mereka mendakwa tiada kuasa menghapuskan tol kerana ia di bawah bidan kuasa Kerajaan Pusat
Beliau berkata, mereka hanya pandai berjanji dan sebenarnya boleh menghapuskan tol berkenaan dengan membeli konsesi tol Sungai Nyior yang dianggarkan bernilai RM79 juta tetapi tidak berbuat demikian.
Boleh disimpulkan bahawa apa yang alasan Guan Eng hanyalah retorik dan lebih suka nak menyalahkan orang lain semata-mata nak menyelamatkan diri. Maka marilah kita sama-sama menolak Guan Eng dan DAP pada pilihan raya akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment