Saturday 30 March 2013

Google Malaysia Lancar Hab Pilihan Raya

Adakah ini dapat memberi maklumat dengan lebih jelas?

Google Malaysia Sdn Bhd melancarkan hab pilihan raya bagi membantu pengundi mendapat maklumat terkini secara berterusan yang boleh diakaes mulai hari ini melalui alamat www.google.com.my/elections/ed/my

Laman web berkenaan akan menampilkan berita terkini Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan ia adalah laman pertama umpamanya di Asia Tenggara yang mengetengahkan maklumat penuh berkaitan pilihan raya.

Google Malaysia akan bekerjasama dengan pelbagai pihak menyediakan maklumat terkini pilihan raya dan ia turut meliputi maklumat dalam Bahasa Melayu yang akan dihubungkan ke laman rasmi akhbar nombor satu negara Harian Metro

Ini adalah kali pertama Google Malaysia menyediakan platform berkaitan pilihan raya dan ia akan kekal dalam sistem data bagi menjadi rujukan untum pilihan raya yang akan datang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...