Showing posts with label 2013. Show all posts
Showing posts with label 2013. Show all posts

Friday, 5 April 2013

DUN PULAU PINANG BUBAR HARI INI?

Dewan  Undangan Negeri (DUN) dijangka dibubarkan hari ini selepas Ketua Menteri, Lim Guan Eng menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Abdul Rahman Abbas pagi semalam.

Guan Eng dan exconya telah membuat keputusan bersetuju menerima permintaan bertulis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan DUN bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan serentak dengan Parlimen dalam satu mesyuarat Exco.

Marilah kita semua melaksanakan tanggungjawab untuk keluar mengundi dan mengundi Barisan Nasional.

#TOLAKDAP #NO2DAP
#UNDIBN #VOTE4BN

Tuesday, 2 April 2013

NAJIB LEWAT VS ANWAR LIWAT


BN Membazir Duit Kepada Orang-Orang Ini

BN membazir duit kepada orang-orang ini atas nama program 1Azam, dan lihatlah hasilnya.
 
Hampir 70 peratus daripada 106,967 peserta 1Azam yang menyertai program itu sejak 2011 hingga Januari lalu, berjaya memperoleh tambahan pendapatan sekurang-kurangnya RM300 sebulan. Pencapaian itu merupakan satu kejayaan ke arah memperbaiki taraf kehidupan golongan terbabit.
 
Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM1.2 bilion untuk program 1Azam sepanjang tempoh itu melalui pemberian barangan permulaan perniagaan, kursus, tunjuk ajar, bimbingan dan usaha pemantauan.
 
Pada tahun ini sebanyak RM400 juta lagi diperuntukkan untuk program ini dan akan disalurkan kepada 35,000 peserta di seluruh negara yang akan menerima peralatan bagi memulakan perniagaan dengan nilai hampir RM4,000 seorang.
 
Bagi menambah baik program 1Azam, terdapat 20 pakej baharu disediakan kepada para peserta antaranya adalah pakej nasi lemak kukus, air batu campur dan cendol, cucian kereta bergerak dan mesin rumput.
 
BN melakukan terbaik untuk rakyat dan hanya untuk rakyat.
BN for Penang. BN for Malaysia
 
Anda juga boleh lihat di sini ke mana duit rakyat  &    kemana-duit-rakyat-2
 

Sunday, 24 March 2013

ESSCOM Membazir Duit Rakyat?



Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) akan membabitkan penyelarasan kerjasama antara tiga komponen, iaitu penduduk setempat, pasukan tentera dan pihak polis bagi membanteras ancaman pengganas.

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata satu mesyuarat diadakan semalam bagi merangka strategi bagaimana mahu membabitkan orang ramai, terutama masyarakat setempat dalam ESSCOM.


“Kementerian Dalam Negeri (KDN) berpendapat benteng pertahanan pertama mestilah masyarakat setempat, sebab itulah anggota RELA, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Ketua Kampung digerakkan untuk usaha ini.

“Mereka ini boleh menjadi mata dan telinga pasukan keselamatan negara selain berperanan membendung penyebaran khabar angin, sekali gus memberi keyakinan kepada rakyat Sabah bahawa negeri itu selamat.

Untuk maklumat lanjut KLIK DI SINI

Pada pendapat PMW, ESSCOM ini sangat bagus. Sebelum ini keselamatan di kawasan Lahad Datu selamat dan tiada ancaman. Oleh kerana ancaman ini, maka ESSCOM direka. Ini adalah tindakan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah untuk menghadapi ancaman yang akan datang. Dari sini kita boleh lihat betapa cepatnya PIHAK PDRM / KDN mengambil tindakan. Tidak seperti yang diuar-uarkan mengatakan mereka 'lambat'. Sedangkan pada masa itu PDRM memberi ruang kepada orang ISLAM SULU untuk mengundurkan diri supaya tidak ada pertumpahan darah sesama ISLAM. Akan tetapi , pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengatakan PDRM 'lembab' adalah hanya untuk menunggu PDRM membuat kesilapan semasa operasi untuk diburukkan imej PDRM. 
PMW akan ulas lanjut kemudian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...