Showing posts with label pru 13. Show all posts
Showing posts with label pru 13. Show all posts

Wednesday, 3 April 2013

SAYA PILIH MALAYSIA


Dulu MEREKA keluar mengundi kerana MEREKA mahukan MERDEKA

Dulu MEREKA keluar mengundi kerana MEREKA itu TANGGUNGJAWAB MEREKA

Dulu MEREKA keluar mengundi kerana ini untuk masa depan ANAK-ANAK MEREKA

Dulu MEREKA keluar mengundi kerana MEREKA tidak mahu DIJAJAH

Dulu MEREKA keluar mengundi kerana MEREKA hendak orang Melayu MEMERINTAH

03 April 2013 : 4 Tahun Pemerintahan PM Najib Razak Parlimen Di Bubarkan

03 April 2013 tarikh keramat Parlimen Malaysia dibubarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sempena 4 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Datuk Seri Najib Razak menyeru parti-parti politik untuk bertanding secara bersih dan tidak menyebabkan huru hara. Ini adalah pilihan raya Malaysia yang bersih dan telus bukannya negara lain yang penuh dengan kucar kacir.

Beliau juga menyeru untuk memilih parti yang terbaik iaitu Barisan Nasional untuk menerajui Kerajaan Malaysia. Barisan Nasional sudah terbukti pemimpin kerajaan yang terbaik dan telah memajukan negara Malaysia ini hingga sekarang.

Marilah kita bersama-sama memilih Barisan Nasional untuk negara Malaysia yang maju di masa hadapan, berpendapatan tinggi, dan keamanan negara.

UNDI BARISAN NASIONAL

Tuesday, 2 April 2013

NAJIB LEWAT VS ANWAR LIWAT


Rakyat Pulau Pinang Tolak DAP

Keengganan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk 'berentap' dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow di kerusi yang ditentukan BN menunjukkan beliau sedar tentang gelombang penolakan rakyat Pulau Pinang terhadap DAP.

Perkembangan itu memaksa Guan Eng memilih kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota yang dirasakannya selamat bagi menjamin kedudukannya sebagai wakil rakyat.

Tindak tanduk Guan Eng tidak menghairankan kerana beliau sememangnya tidak suka cabaran dan lebih gemar memilih jalan selamat. Sekiranya Guan Eng yakin rakyat menyokongnya, sudah tentu beliau bersedia bertanding di mana-mana sahaja kerusi DUN yang bukan kubu kuat DAP.

Tindakan Guan Eng memilih DUN Padang Kota membayangkan Setiausaha Agung DAP itu tidak berani untuk 'berentap' dengan Chang Yeow.

Monday, 1 April 2013

Layakkah Nik Aziz Dipanggil Ulama, Mana Ada Ulama Mungkir Janji

Janji hanya tinggal janji.
Kenapa sekarang dinaikkan isu ini kembali? Kerana Nik Aziz tahu ramai orang Kelantan sokong Red Warrior jadi orang tua ini mahu memenangi hati penyokong-penyokong ini.
Bagi penyokong-penyokong baru TRW pasti akan termakan janji manis ini.
Bagi penyokong tegar/lama TRW pasti ingat lagi janji oran tua ini.
Sekian lama menanti. Akhirnya datang lagi janji.  Pasti kali ini adalah janji kosong
Ulama apa kalau 17 tahun tak buat-buat lagi. Sekarang janji lagi.
Janji hanya tingal janji.


PAS Kata TAK Boleh DAP Kata MENGARUT

Pas xberani lawan DAP
Pas penakut
Confirm tak akan bela nasib orang Islam bila Pakatan Haram memerintah

GUAN ENG VS TENG CHANG YEOW 3



"The Battle Of Giant" antara Guan Eng dengan Teng Chang Yeow mungkin akan dapat kita saksikan dalam PRU 13 yang sedang kita tunggu detik dan masa yang akan diumumkan oleh Najib sikit masa lagi. Mengikut laporan Star 29 Mac 2013  Guang Eng wants face-off with Teng) kedua-dua pemimpin utama DAP dan BN sudahpun begitu positif untuk bertanding secara anak jantan dan bernekad secara "kamikazi" untuk menjadikan para pengundi menjadi penentu kepada kemenangan politik PRU 13 .

 
Kata Guan Eng - " Since he wants a face-off, lets go back to his old constituency where he was assemblyman for three terms", ini satu kenyataan yang berani Guan Eng dan strateginya untuk "mencabar" Teng supaya bertanding di DUN Padang Kota tempat yang Teng pernah menjadi wakil rakyatnya selama tiga penggal. Strategi Guan Eng ialah untuk menunjukkan dia tak takut kepada cabaran Teng untuk bertanding satu lawan satu dengannya. Strategi ini juga sebagai strategi "test market" Guan Eng kepada para pengundi Cina Pulau Pinang yang Guan Eng tidak takut kepada kekalahan dan lebih hebat lagi Guan Eng mencadangkan supaya gelangang pertarungan ialah di DUN Padang Kota yang mungkin memberi kelebihan kepada Teng kerana rekod 3 penggal Teng disitu.

Untuk bacaan lanjut KLIK DI SINI

STRATEGI PAKATAN RAKYAT 2 (PERLAKSANAAN FORMULA 100 (1+1) + 30% = PUTRAJAYA) Oleh Pak Zad


 


Apabila DSAI dan Lim Kit Siang (LKS) telah di umumkan akan bertanding di Perak dan Johor pada PRU 13, ini bermakna strategi dan formula 100 (1+1) + 30% = Putrajaya telah menjadi realiti. Kedua-dua pemimpin Gergasi Pakatan Rakyat(PR) ini telah mengunakan strategi "test market" dalam perang saikologi mereka kepada kepimpinan BN. Formula 100(1+1)+30% = Putrajaya sudah mula menampakkan perlaksanaan tapi Pakatan Rakyat masih mahu bermain strategi kerana mereka pun masih belum yakin dengan Formula tersebut selepas respond yang mereka terima tidak di yakini oleh pengundi-pengundi PRU 13.

 
Walaupun begitu para strategi Pakatan Rakyat masih terus cuba untuk memasukkan agenda formula tersebut ke dalam minda para pengundi seolah-olah mereka sangat kuat dan mampu untuk ke Putrajaya. Malah dalam dua minggu ini, kita dapati terdapat pengumuman-pengumuman dari kepimpinan Pakatan Rakyat untuk mencaturkan dimana pemimpin mereka akan bertanding. DSAI telah "test market" untuk bertanding di Perak. Manakala Lim Kit Siang pula sudah diumumkan akan bertanding di Gelang Patah Johor. Saifudin Nasation dari Kelantan telah bertukar ke Kulim/Bandar Baru Kedah. Sallehudin Ayob juga telah bertukar dari Kelantan ke Johor. Ini bermakna setakat ini hanya Sallehudin Ayob saja sebagai pemimpin PAS yang diberitakan akan berubah tempat, lain-lain pemimpin PAS masih tak sanggup untuk menerima pakai formula 100(1+1)+30% = Putrajaya, mungkin PAS belum berani untuk menanggung risiko "kamikaze" strategi Pakatan Rakyat.

 
Secara strateginya apa yang berlaku diambang PRU 13 (semasa penulisan ini Najib belum umumkan pembubaran Parlimen), ialah para strategi Pakatan Rakyat cuba" membentuk pemahaman dalam minda pengundi dan rakyat Malaysia yang Pakatan Rakyat sangat bersedia dan mampu membentuk kerajaan persekutuan" dan mengharapkan rakyat Malaysia dapat "visualkan" dalam minda mereka yang Pakatan Rakyat mampu. Inilah strategi mereka sekarang. Ia itu satu strategi permainan minda yang cukup berkesan, untuk mereka cuba menyaingi strategi BN yang pada masa ini berjaya menyebabkan Pakatan Rakyat dalam keadaan defensif.
 
Untuk Bacaan Lanjut KLIK DISINI

Lahad Datu : Lelaki Miliki Maklumat Penting Dicari

Polis sedang mengesan Datuk Seri Muhamad Ridhwan Sulaiman bagi membantu siasatan berhubung kaitanya dalam pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna.

Lelaki yang memegang jawatan Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Islamiah Malaysia itu dikatakan mempunyai maklumat penting berhubung kejadian itu.

Siasatan polis mendapati beliau yang beralamat di Pengkalan Weld, Georgtown, Pulau Pinang masih di dalam negara. Polis percaya lelaki ini mempunya maklumat penting yang dapat membantu polis dalam siasatan berkaitan Ops Daulat. Justeru, polis meminta lelaki ini tampil menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

Datuk Seri Muhamad Ridhwan Sulaiman

Presiden Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Islamiah Seri Muhamad Ridhwan Sulaiman mengakui pernah berjumpa dan memberi bantuan kewangan kepada 'Sultan Sulu' di Pulau Jolo, selatan Filipina, tahun lalu.

Beliau berkata dalam pertemuan pada 15 dan 16 September tahun lalu itu beliau mengadakan perjumpaan dengan Sultan Sulu sebenar, iaitu Sultan Muedzul Lain Tan Kiram. Beliau menafikan menemui ketua pengganas yang menceroboh Sabah, Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa mewarisi pemimpinan Kesultanan Sulu.

"Perjumpaan itu bagi menghadiri majlis perlantikannya sebagai Sultan Sulu. Memang benar saya ada memberi bantuan kewangan kepadanya (Sultan Muedzul Lail Tan Kiram) tapi bukan Sultan Jamarul Kiram III.


Muhamad Ridhwan berkata, beliau akan ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini bagi memberi keterangan. Sementara itu, menurut sumber, nama Muhamad Ridhwan muncul hasil siasatan polis terhadap suspek yang ditangkap di Lahad Datu beberapa hari lalu.

Selain itu polis mengesan gambar pertemuan lelaki berusia lewat 40-an itu dengan pihak yang mendakwa Sultan Sulu di Pulau Jolo, Selatan Filipina tahun lalu. Dia juga dikatakan mempunyai kaitan dalam aktiviti penyaluran dana kepada kumpulan tertentu di selatan Filipina.

Saturday, 30 March 2013

Transformasi BN Pulau Pinang, 60 Peratus Muka Baru

Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang dijangka meletakkan calon yang terdiri daripada golongan profesional, ulama, calon wanita dan wakil pertubuhan belia, sekali gus memberi tentangan kepada pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin berkata, semua calon berkenaan sudah dimuktamadkab dan direstui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, UMNO Pulau Pinang turut meletakkan kira-kira 60 peratus calon muka baru dengan proses pemilihan dijalankan sejak pertengahan tahun lalu selain berbincang dengan parti komponen lain termasuk badan bukab kerajaan sebelum keputusan dicapai.

Katanya, lima wakil rakyat UMNO yang memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri tidak akan bertanding dalam PRU-13, namun mereka berjanji akan membantu calon baru yang bertanding di kerusi yang dikosongkan itu.

Selain itu, BN Pulau Pinang akan menampilkan seorang calon yang dijangka mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Permatang Pauh jika Anwar tak lari pergi tempat lainlah.

2 juta rakyat Malaysia Di Luar Negara Pengundi Pos

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya menerima 5,918 permohonan sehingga pagi ini daripada rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi secara pos di bawah kategori pengundi luar negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bagaimanapun, daripada jumlah itu, sebanyak 751 permohonan di tolak atau tidak layak menjadikan jumlah rakyat Malaysia di luar negara mengundi seramai 5,167 orang.

Semua permohonan itu diterima daripada rakyat Malaysia yang berada die 80 buah negara di seluruh dunia.

Permohonan tertinggi pengundi luar negara diterima daripada rakyat Malaysia di Australia iaitu sebanyak 1,206 diikuti United Kingdom (871), China (513) dan Amerika Syarikat (342). Taiwan menduduki tempat kelima dengan 183 permohonan, diikuti Emiriah Arab Bersatu (170), Qatar (169), New Zealand (142), Mesir (128) dan Jepun(122). Selebihnya dari negara-negara lain.

Sebelum ini ada pihak yang mendakwa terdapat dua juta rakyat Malaysia di luar negara yang tidak dihiraukan dan menjadi mangsa kepada sistem pilihanraya kita kerana tidak dapat mengundi. Sekarang apabila SPR benarkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi secara pos,hanya 5,000 lebih sahaja yang memohon walaupun SPR sudah melakukan promosi dan sesi peneranagan di luar negara

Sindrom Melayu Rasa Bersalah Jadi Melayu

Perpecahan dalam kalangan orang Melayu bukan sahaja disebabkan oleh perbezaan ideologi politik tetapi turut didorong sindrom rasa bersalah menjadi Melayu

Perkata ini didedahkan Pensyarah Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr. Sidek Baba, sikap rasa bersalah jadi orang Melayu ini menyebabkan orang Melayu semakin terpinggir disebabkan kelemahan mereka sendiri.

Beliau yang kesal dengan sindrom ini menegaskan, orang Melayu tidak seharusnya wujud SEKELUMIT pun rasa bersalah dalam diri mereka kerana dilahirkan sebagai Melayu. Jadi kenapa kite perlu rasa bersalah bila jadi umat Melayu. Perkara ini sudah dinyatakan secara jelas di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan. Orang Melayu masih jauh ketinggalan dan tidak wajar untuk rasa bersalah.

Ekuiti orang Melayu dan bumiputera cuma 20 peratus dan selebihnya dimiliki kaum lain. Jika peratus menjadi perkiraan dalam konteks Malaysia apakah Melayu yang hanya ada ekuiti 20 peratus ini menganiaya pihak lain

Hanya perpaduan sahaja yang boleh mengembalikan kekuatan orang Melayu sebagaimana pernah dibuktikan semasa bangkit menuntut kemerdekaan dari British dahulu katanya. Perpaduan yang diharapkan itu pasti lebih mudah jika parti pembangkang khususnya Pas berlapang dada dan menerima idea kesatuan tanya terlalu mementingkan keuntungan politik melebihi kelangsungan orang Melayu.

"Apakah kalau kita memperjuangkan kepentingan Melayu itu assabiyah?Melayu itu Islam dan MEMPERJUANGKAN MELAYU itu bererti MEMPERJUANGKAN ISLAM. Jadi mengapa usaha untuk mengangkat martabat Islam itu dianggap assabiyah?" ujar Sidek Baba.

Tapi inilah sikap pemimpin pembangkang. Masa hendak tubuhkan UIAM dulu, apa mereka tidak kutuk. Masa tubuh Bank Islam, mereka kata seperti letak daging halal sebelah daging babi tapi sekarang siapa yang dapat manfaat.

Dalam pada itu, Tan Sri Zainuddin (penganalisis politik) pula memberi peringatan kepada orang Melayu agar berwaspada dengan penjajahan minda, budaya, sosial, ekonomi serta politik dalam bentuk baharu jika tidak mahu kaum berkenaan hilang kuasa mentadbir.

Jangan kita hanya melihat kerosakan dan kelemahan kecil kerajaan sehingga menidakkan keagungan yang dicipta bangsa kita kerana belum tentu pihak yang menjanjikan perubahan boleh memastikan hak ini kekal.

Jika orang Melayu berterusan mementingakan ideoligi politik masing-masing dan enggan bersatu walaupun kini menjadi dalam penentuan politik, tidak mustahil kuasa Melayu akan hilang.
JIka Melayu gagal mempertahankan kuasa dalam Pilihan Raya Umum akan datang, jangan harap kuasa politik itu akan dapat kira rampas kembali dan contoh terbaik di Singapura begitu juga nasib orang Melayu di Pulau Pinang

Friday, 29 March 2013

BRADER MANSUH MOST WANTED : GERAKAN KADERISASI DI USIM DIDEDAHKAN !!!

Tidak ramai yang tahu bagaimana Haziq ataupun Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) membentuk kekuatan gerakannya. Sebenarnya, ia bermula dari seawal-awal peringkat dalam sebuah rantaian besar yang berpaksikan kepada modul-modul tertentu. Ia dinamakan sebagai doktrinisasi dan pengkaderan.

Menurut sumber Brader, penekanan utama dalam gerakerja merekrut ahli baru ialah memfokuskan kepada kumpulan pelajar baru yang bersifat neutral. Ia berbeza dengan tanggapan kita selama ini bahawa usaha kaderisasi akan tertumpu kepada pelajar-pelajar keluaran institusi berasaskan keagamaan seperti Sekolah Menengah Agama (SMA) dan sebagainya.

Dalam hal ini, para pelajar keluaran sekolah agama dan kumpulan pelajar dari negeri-negeri Pantai Timur bukanlah sasaran utama kerana mereka sendiri yang akan mencari kelab-kelab seperti PMI atau meminta pandangan abang-abang senior seperti Haziq ini memandangkan sudah mempunyai asas dan didoktrinisasi sejak dari sekolah lagi.

Justeru target Haziq dan PMI lebih kepada pelajar-pelajar baru yang masih belum terdedah dengan politik kampus. Tenaga penggerak ini akan berselindung di sebalik imej dan perwatakan yang baik semata-mata untuk mendekati pelajar-pelajar baru ini

Baca seterusnya


http://www.bradermansuh.blogspot.com/2013/03/gerakan-kaderisasi-di-usim-bongkar.html


Sent from my iPad

Tuesday, 26 March 2013

Bahang LIMA Bermula Sebelum Bahang PRU13 Tiba



LIMA `13 bermula semalam semalam menyaksikan penyertaaan 52 negara, termasuk penyertaan sulung Russia dan Myammar

Russia menghantar dua kapala perang, manakala Myammar menghantar sebuah kapal frigate bagi pameran maritim di Jeti Awana Porto Malai. Penyertaan 52 negara kali ini menyaksikan peningkatan lapan peratus berbanding penyertaan LIMA `11

LIMA `13 juga menyaksikan 226 syarikat tempatan atau 52 peratus daripada penyertaan pameran bersama 207 syarikat antarabangsa, sekaligus menunjukkan peningkatan industri pertahanan negara.

PMW difaham antara pembaharuan edisi kali ini ialah penganjuran tujuh seminar udara dan maritim. Selain itu, 64 kapal pelbagi kelas dan 78 pesawat, termasuk pesawat tempur dan pengangkut turut menyertai pameran kali ini.

Pameran maritim dua kali sehari turut menyaksikan kemunculan sulung kapal auxillary MV Bunga Emas 6 yang juga kapal pengiring bagi kapal dagang Malaysia di Teluk Aden selain penyertaan 11 kapal asing, termasuk dua kapal pemusnah dari Russia.

Secara tidak langsung, program yang telah direka khas untuk memajukan Pulau Langkawi khususnya dan Kedah secara amnya sangat dikagumi dunia. Banyak faedah yang telah dapat dinikmati oleh rakyat Langkawi atas kebijaksanaan pemimpin UMNO/BN. Rakyat Langkawi mestilah menolak kepimpina PAS yang tidak melaksanakan program yang dapat memberi jaminan pada masa hadapan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...