Berita tergempar, PMW mendapat maklumat beberapa orang menteri akan digugurkan daripada bertanding pada PRU 13.
Betapa hebatnya Transformasi dibawa oleh Barisan Nasional sehingga menteri bukan satu alasan untuk tidak digugurkan. Untuk lihat senarai yang digugurkan SILA KLIK DISINI
PMW berharap tiada yang merajuk atau 'swing' ke pihak pembangkang. Jangan ada penggerak-penggerak Barisan Nasional yang memboikot calon yang akan diketengahkan. Transformasi adalah untuk kebaikan semua, jangan takut dengan perbaharuan dibawa oleh Datuk Seri Najib. Sokong dan pastikan calon yang diketengahkan menang besar.
Barisan Nasional pasti akan MENANG BESAR pada Pilihan Raya ke 13
#VOTE4BN
#UNDIBN
Showing posts with label najib razak. Show all posts
Showing posts with label najib razak. Show all posts
Thursday, 11 April 2013
Tuesday, 9 April 2013
Surat Najib Razak Kepada Rakyat Malaysia : Menepati Janji MembawaHarapan
Rakyat Malaysia yang dikasihi,
Masanya telah tiba untuk kita membuat keputusan. Laluan demokrasi menetapkan bahawa masa depan negara ini berada dalam tangan rakyat. Kuasa rakyat itulah cerminan pilihan raya yang bebas dan adil.
Allahyarham ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein pernah berkata, "Tugas kamu kepada negara adalah untuk memenuhi amanah rakyat dengan segala daya upaya,"
Saya melangkah masuk ke bidang politik 37 tahun lalu dan ini adalah kali pertama saya memimpin gabungan BN untuk menghadapi pilihan raya umum. Ia menjadi satu cabaran besar dan tanggungjawab yang berat.
Rekod Kerajaan BN menunaikan janji cukup jelas. Daripada transformasi ekonomi, politik dan sosial, sehingga kepada menjunjung hak asasi manusia dan demokrasi, kita mara dengan penuh yakin dan mantap bagi mencapai liberalisasi yang lebih menyeluruh. Perubahan sebenar telah pun berlaku dan dirasai, tetapi perjalanan ke arah transformasi sepenuhnya akan mengambil masa.
Dasar Wawasan 2020 untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 dilancarkan pada 1991, dan selepas 22 tahun, saya gembira menyatakan bahawa dasar-dasar Kerajaan BN yang dirancang dengan berhemat dan prihatin itu telah meletakkan kita pada landasan ke arah mencapai Wawasan 2020.
Dalam kita menuju Pilihan Raya Umum Ke-13, saya, sebagai pemimpin BN, dengan rendah diri memohon mandat daripada anda untuk membawa Malaysia ke mercu kegemilangan baharu. Saya minta diberi peluang untuk memimpin sebuah Kerajaan yang mendahulukan kepentingan dan kebajikan rakyat.
Sebagai Perdana Menteri Malaysia, mandat yang saya mohon ini amat penting demi kelangsungan dan kesinambungan. Kita perlu bergerak ke hadapan meninggalkan jalan mundur yang menghalang perpaduan, kestabilan, keharmonian serta kemakmuran. Kita mesti menolak pecah belah, kelembapan, pergolakan, kekacauan, perbalahan dan krisis.
Mandat daripada anda adalah sebuah janji yang membawa harapan, mandat untuk mencapai kecemerlangan bersama-sama sebagai satu bangsa, satu negara dan satu wawasan. Berilah peluang kepada saya untuk meneruskan khidmat bakti ini sedaya upaya saya
Saya ingin menyakinkan anda bahawa kegemilangan akan menyusul
Najib Razak

Wednesday, 3 April 2013
03 April 2013 : 4 Tahun Pemerintahan PM Najib Razak Parlimen Di Bubarkan
03 April 2013 tarikh keramat Parlimen Malaysia dibubarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sempena 4 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Datuk Seri Najib Razak menyeru parti-parti politik untuk bertanding secara bersih dan tidak menyebabkan huru hara. Ini adalah pilihan raya Malaysia yang bersih dan telus bukannya negara lain yang penuh dengan kucar kacir.
Beliau juga menyeru untuk memilih parti yang terbaik iaitu Barisan Nasional untuk menerajui Kerajaan Malaysia. Barisan Nasional sudah terbukti pemimpin kerajaan yang terbaik dan telah memajukan negara Malaysia ini hingga sekarang.
Marilah kita bersama-sama memilih Barisan Nasional untuk negara Malaysia yang maju di masa hadapan, berpendapatan tinggi, dan keamanan negara.
UNDI BARISAN NASIONAL

Monday, 1 April 2013
STRATEGI PAKATAN RAKYAT 2 (PERLAKSANAAN FORMULA 100 (1+1) + 30% = PUTRAJAYA) Oleh Pak Zad
Apabila
DSAI dan Lim Kit Siang (LKS) telah di umumkan akan bertanding di Perak
dan Johor pada PRU 13, ini bermakna strategi dan formula 100 (1+1) + 30%
= Putrajaya telah menjadi realiti. Kedua-dua pemimpin Gergasi Pakatan
Rakyat(PR) ini telah mengunakan strategi "test market" dalam perang
saikologi mereka kepada kepimpinan BN. Formula 100(1+1)+30% = Putrajaya
sudah mula menampakkan perlaksanaan tapi Pakatan Rakyat masih mahu
bermain strategi kerana mereka pun masih belum yakin dengan Formula
tersebut selepas respond yang mereka terima tidak di yakini oleh
pengundi-pengundi PRU 13.
Walaupun
begitu para strategi Pakatan Rakyat masih terus cuba untuk memasukkan
agenda formula tersebut ke dalam minda para pengundi seolah-olah mereka
sangat kuat dan mampu untuk ke Putrajaya. Malah dalam dua minggu ini,
kita dapati terdapat pengumuman-pengumuman dari kepimpinan Pakatan
Rakyat untuk mencaturkan dimana pemimpin mereka akan bertanding. DSAI
telah "test market" untuk bertanding di Perak. Manakala Lim Kit Siang
pula sudah diumumkan akan bertanding di Gelang Patah Johor. Saifudin
Nasation dari Kelantan telah bertukar ke Kulim/Bandar Baru Kedah.
Sallehudin Ayob juga telah bertukar dari Kelantan ke Johor. Ini bermakna
setakat ini hanya Sallehudin Ayob saja sebagai pemimpin PAS yang
diberitakan akan berubah tempat, lain-lain pemimpin PAS masih tak
sanggup untuk menerima pakai formula 100(1+1)+30% = Putrajaya, mungkin
PAS belum berani untuk menanggung risiko "kamikaze" strategi Pakatan
Rakyat.
Secara
strateginya apa yang berlaku diambang PRU 13 (semasa penulisan ini
Najib belum umumkan pembubaran Parlimen), ialah para strategi Pakatan
Rakyat cuba" membentuk pemahaman dalam minda pengundi dan rakyat
Malaysia yang Pakatan Rakyat sangat bersedia dan mampu membentuk
kerajaan persekutuan" dan mengharapkan rakyat Malaysia dapat "visualkan"
dalam minda mereka yang Pakatan Rakyat mampu. Inilah strategi mereka
sekarang. Ia itu satu strategi permainan minda yang cukup berkesan,
untuk mereka cuba menyaingi strategi BN yang pada masa ini berjaya
menyebabkan Pakatan Rakyat dalam keadaan defensif.
Untuk Bacaan Lanjut KLIK DISINI
Labels:
anwar ibrahim,
april 2013,
bn,
dap,
gerakan,
mca,
mic,
najib razak,
pak zad,
Pas,
penang,
penang most wanted,
pmw,
pru 13,
pru13,
pulau pinang,
sembang pak zad,
strategi pakatan rakyat,
umno
Tuesday, 26 March 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)