Showing posts with label #vote4BN. Show all posts
Showing posts with label #vote4BN. Show all posts

Thursday, 2 May 2013

M16 DIKEPALA NURUL IZZAH


BAPA BOREK ANAK RINTIK
INILAH DIA BILA ILMU PERSEPSI JAHAT TELAH TURUN KE ANAKNYA
NURUL IZZAH MEMANG SENGAJA DAN MENGGUNAKAN ORANG LAIN UNTUK MEREKA PERSEPSI
BAYANGKAN JIKA SEKARANG TIDAK MEMERINTAH PUN DAH MEMBERI MAKLUMAT YANG SALAH APATAH LAGI BILA MENDAPAT KUASA

PKR PENIPU BESAR
NURUL IZZAH PENIPU BESAR
ANWAR IBRAHIM PENIPU BESAR
TOLAK PKR
TOLAK NURUL IZZAH
TOLAK ANWAR IBRAHIM
TOLAK PAKATAN TAK DAFTAR

KENAPA SOKONG BN? VS KENAPA SOKONG PAKATAN TAK DAFTAR?


BARISAN NASIONAL ADALAH YANG TERBAIK
AKAN TETAPI BARISAN NASIONAL TERUS MELAKUKAN TRANSFORMASI UNTUK KEBAIKAN RAKYAT DAN NEGARA
BAYANGKAN YANG BAIK DITRANSFORM MENJADI LEBIH BAIK
YANG LEBIH BAIK DIJADIKAN YANG TERBAIK
TAK PERLU UBAH DAN KATAKAN LAIN KALILAH PAKATAN TAK DAFTAR

UNDILAH BARISAN NASIONAL
VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Tuesday, 30 April 2013

Anwar Akan Kalah Di Permatang Pauh

Sebelum ini, Anwar Ibrahim telah pergi berkempen di tempat lain dan akan dijadualkan pulang ke Pulau Pinang pada 03 Mei 2013.

Perancangan itu telah berubah dan sekarang Anwar pulang ke Pulau Pinang dan berkempen. Kenapa?
Untuk berita selanjutnya KLIK DISINI

Thursday, 18 April 2013

UMNO Lama Sangat Dah ; Empat Sekawan Ni Tak Tua?



UMNO sudah lama memerintah katanya. Asyik-asyik UMNO sahaja.
Jadi siapa nak memerintah?
Lim Kit Siang ? Umur sudah 70 tahun. Sudah berapa Perdana Menteri Kit Siang asyik bangkang sahaja. Mana ada bagi idea yang bernas untuk negara. Membazir jadikan dia wakil rakyat ke Parlimen
Haji Hadi ? Sudah 64 tahun. Hudud tak laksanakan juga masa dapat memerintah di Terengganu. Sekarang dah tak mahu laksanakan hudud nak buat negara kebajikan sama macam UMNO sebab UMNO menang sebab laksanakan negara kebajikan
Nik Aziz? Umur dah 80 tahun. 22 tahun jadi Menteri Besar Kelantan. Sakit memanjang sahaja. Cakap pun dah nyanyuk; sat cakap lain sat cakap lain. Bile orang bandingkan dia boleh jawab 'Mana ada saya cakap'. Sepanjang menjadi MB, Kelantan semakin lama semakin mundur. Negeri lain semakin maju dan negara mahu menuju negara maju, Kelantan tidak maju-maju. Ramai orang Kelatan keluar dari negerinya sendiri dan mencari rezeki di negeri Barisan Nasional.
Karpal Singh ? Duduk atas kerusi roda sahaja. Jalan pon tak boleh. Umur dah 71 tahun. Kerja nak bangkang  je. Jadi lawyer untuk bela geng-geng pembangkang sahaja. Ada ke karpal singh ni amek kes rakyat secara percuma. Mana ada itu Pejabat Peguam Bela Kerajaan juga yang ambil kes.

Kesimpulannya, nak kata UMNO lama memerintah. UMNO sudah tukar puncuk kepimpinan sebanyak 7 orang. Sekarang ini orang yang ketujuh iaitu Datuk Seri Najib. UMNO adalah parti yang sentiasa transformasi untuk kebaikan rakyat dan sentiasa berbakti kepada rakyat

UNDILAH BARISAN NASIONAL
VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Nik Aziz Perlu Muhasabah Diri



Kenapa Datuk Kapt Karim Sulaiman tarik diri? Sedangkan setakat sakit buah pinggang sahaja. Kerana Datuk Kapt Karim tahu yang kesihatannya boleh menjejaskan komitmennya untuk berbakti kepada rakyat.

Tapi yang sorang lagi tuh tak MUHASABAH DIRI? MUHASABAH DIRI la Nik Aziz. Nama pun Tok nampak dah tua sangat. Dulu Nik Aziz cabar Tun Mahathir letak jawatan maka dia pun akan meletak jawatan. Dah lebih 10 tahun Mahathir letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan tidak bertanding lagi kerana sedar bahawa dia sudah lama.

Nik Aziz perlu Muhasabah Diri. Anda sudah tua. Anda sudah tidak 'fit' untuk jadi wakil rakyat apatah lagi menjadi Menteri Besar. Silap-silap 'punch card' kat pejabat Menteri Besar tuh pun ada orang yang 'punch'kan.

Bo La Wei Nik Aziz. Sudah-sudahlah. Muhasabah Diri Kamu Wahai Nik Aziz sebelum mahu menilai orang lain. Insaflah kamu sebelum kamu mahu orang lain insaf.

Wednesday, 17 April 2013

Kenapa Pemandu Teksi Pangkah Barisan Nasional

Bantuan tayar, perlindungan insurans dan geran menerusi bantuan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) diagihkan bagi membantu mengurangkan beban pemandu teksi di seluruh Malaysia.

Apa tunggu lagi pemandu teksi. Undi Barisan Nasional untuk kesenangan pemandu teksi dan keselesaan penumpang.

Rakyat didahulukan

Vote For Barisan Nasional

Tuesday, 16 April 2013

Updated : Senarai Nama Calon BN Sudah Keluar

Calon BARISAN NASIONAL DUN & PARLIMEN PULAU PINANG

P041 Kepala batas Datuk Rizal Marican
N01 Penaga Mohd Zain b Ahmad
N02 Bertam Sharizul Ahmad
N03 Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin

P042 Tasek Gelugor Shahabudin Yahaya
N04 permatang berangan Omar haji hamid
N05 Sungai Dua Mohd Yusoff Mohd Noor
N06 Teluk Air tawar datuk jahara hamid

P043 Bagan Chua teik Seang
N07 sungai Puyu Sam Yu keong
N08 Bagan jermal Tan Chuan Hwa
N09 Bagan Dalam karupanan

P044 P. pauh Dr. mazlan ismal
N10 Seberang jaya Datuk nasir Abdullah
N11 Permatang pasir Anuar yahaya
N12 Penanti Ibrahim Ahmad

P045 B. Mertajam Goey Guan Liang
N13 Berapit lau chek Tuan
N14 machang bubuk Tan Lok Hia
N15 padang lalang tan tek chey

P046 batu kawan Gobalakrisnan a/l muniandy
N16 perai Krishnan legumaran
N17 Bukit tengah teng chang yeow
N18 Bukit tambun lai Chu ha

P047 Nibong Tebal Datuk Zainal Abidin
N19 jawi Tang Cheng liang
N20 Sg bakap Mohd Fuad mat isa
N21 Sungai Acheh Dato mahmud Zakaria

P048 Bukit Bendera Teh Liow meng
N22 tanjung bunga chia kuan chai
N23air putih Tan keng keong
N24 kebun Bunga Ng ching wey
N25 pulau tikus Rohina yap

P049 Tanjung Eng Song keng
N26 Padang kota OoTeong keong
N27 Pengkalan Kota Loh Poh chai
N28 Komtar

P050 Jelutong Ng fock onn
N29 datuk keramat On tiang lai
N30 Sg Pinang Thor teong ee
N31 batu lanchang lee boon teng

P051 Bukit gelugor teh beng yam
N32 Sri delima lau joo hiang
N33 air itam loh jia seng
N34 paya terubong Oh wan liow

P052 bayan baru Tang yeap Seng
N35 batu uban Loh beng sia
N36 pantai jerejak Wong man Ho
N37 batu maung mansor Musa

P053 Balik Pulau dato Helmi yahaya
N38 bayan lepas Noordin Ahmad
N39 Pulau betong mohd farid Saad
N40 Teluk bahang Shahidan Ayob Mustaffa
 UNDILAH BARISAN NASIONAL
VOTE FOR BARISAN NASIONAL
FOR BETTER NATION

Monday, 15 April 2013

Hak Rakyat Diketepikan Oleh Anwar Ibrahim



Beginikah dikatakan Pemimpin Rakyat

Bukan PMW sahaja yang diblock rupa-rupanya ramai yang kena block.

Anwar Ibrahim dan Admin kepada AKAUN TWITTER ANWAR IBRAHIM sungguh tidak profesional dan tidak mengamalkan hak bersuara.

Beginikah orang yang hendak dijadikan Perdana Menteri? PMW percaya jika orang ini menjadi Perdana Menteri pasti dia akan menghancurkan orang-orang yang menentangnya.
Orang-orang BN jangan haraplah nak dapat subsidi dan yang pasti akan dihalang daripada mendapat apa-apa bantuan.

Pemerintahan Barisan Nasional sangat terbuka dan demokrasi. Tidak kira rakyat itu penyokong BN atau tidak pasti mendapat bantuan dan subsidi. Ramai juga penyokong-penyokong PKR,PAS dan DAP yang bekerja sebagai penjawat awam, dan ada juga yang berpangkat tinggi lagi. Tapi mereka ini pasti akan mengecewakan bila sudah PENCEN nanti kerana apa, kerana menuduh kerajaan BN zalim dan macam-macam lagi. Sedangkan tuduhan itu adalah tuduhan palsu.

Malah PMW difahamkan PERSONAL ASSISTANT NURUL IZZAH MENGHADIRI EXAM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK MINGGU LEPAS. Betapa rasional dan tidak berat sebelah kerajaan Barisan Nasional



Sekali lagi PMW mengatakan jika Anwar Ibrahim memerintah pasti orang-orang yang tidak menyokongnya akan ditindas. Undilah Barisan Nasional. JANGAN SABOTAJ CALON. MENANGKAN CALON TERSEBUT.

Barisan Nasional Lagi Kejam Dari Pakatan Rakyat



33% Calon Parlimen & 49% Calon DUN yang bakal ditampilkan adalah MUKA BARU.

Pengerusi Barisan Nasional, Dato Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa 33% calon Parlimen dan 49% calon Dewan Undangan Negeri adalah terdiri daripada muka muka baru.

Selain itu, 31% calon calon BN adalah terdiri daripada golongan profesional. Dato Seri Najib turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi laluan dan akan terus berkhidmat untuk kemenangan parti.

Dato Seri Najib menegaskan ini adalah pasukan Barisan Nasional yang mampu memenuhi akujanji BN. Ini adalah pasukan Transfromasi. 91% calon BN, mempunyai kelulusan Diploma dan ke atas.

Barisan Nasional Transformasi Ke Arah Yang Lebih Baik


Jika Ada Salah & Silap Boleh Ditambahbaik Untuk Kesejahteraan Rakyat

Terima Calon Seadanya ; Jangan Boikot ; Kerana Boikot BN Kalah Bukan Kerana Pembangkang Kuat

UNDILAH BARISAN NASIONAL

VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Thursday, 11 April 2013

DAP Terdesak; Kerajaan Singapura Bantu DAP Meneruskan Agenda Komunis

Seorang sahabat dari selatan Semenanjung Malaysia telah menelefon PMW.
Skripnya begini
"Member cina  aku bagitau (terlepas cakap kot), Kerajaan Singapore (PAP) memberi cuti 2 hari dan elaun minyak kepada rakyat Malaysia berbangsa cina yg bekerja di Singapore untuk balik mengundi DAP pada PRU13 nanti.. Salah seorg taikun Singapore sponsor 7 biji bas kepada yang tiada kenderaan ##
Bersungguh-sungguh benar PAP ni.
Dah memang sah PAP membela parti cawanganya DAP ,suku sakat komunis...gila nakkan Malaysia ni...saya lagilah terdengar kat telinga ,face to face, bukan jauh sgt, member cina siap ckp 'Ini kali kita mau ajar sama orang Melayu dan BN' berasap telinga? Apa yg benci sangat dekat orang Melayu dan BN"
Kenapa PAP membuat tindakan begitu? Apa hubungan PAP dan DAP sehingga dibantu begitu sekali? Saya yakin dan percaya pasti ada agenda disebaliknya. Cina DAP memang tidak boleh dipercayai. Ingatkah lagi tahun pertama pemerintahan DAP Pulau Pinang, Lee Kuan Yew telah datang membuat lawatan di Komtar.



Yakin dan Percayalah ada Agenda Tidak Baik Yang Telah Dirancang Oleh DAP dan PAP

TOLAK DAP
TOLAK PAKATAN PEMBANGKANG

#UNDIBN
#VOTE4BN

Barisan Nasional Kejam ; Menteri Tidak Dicalonkan

Berita tergempar, PMW mendapat maklumat beberapa orang menteri akan digugurkan daripada bertanding pada PRU 13.

Betapa hebatnya Transformasi dibawa oleh Barisan Nasional sehingga menteri bukan satu alasan untuk tidak digugurkan. Untuk lihat senarai yang digugurkan SILA KLIK DISINI

PMW berharap tiada yang merajuk atau 'swing' ke pihak pembangkang. Jangan ada penggerak-penggerak Barisan Nasional yang memboikot calon yang akan diketengahkan. Transformasi adalah untuk kebaikan semua, jangan takut dengan perbaharuan dibawa oleh Datuk Seri Najib. Sokong dan pastikan calon yang diketengahkan menang besar.

Barisan Nasional pasti akan MENANG BESAR pada Pilihan Raya ke 13

#VOTE4BN
#UNDIBN

Rafizi Ramli Meroyan Minta Duit Rakyat

Apa sudah jadi? Apa sudah jadi?
Adakah PKR terlalu tertekan? Rafizi memohon rakyat untuk mendermakan duit BR1M yang diberi oleh Barisan Nasional ke Tabung PKR. Rafizi mengarut sahaja. Apa PKR nak gunakan duit yang tak disokokng oleh Nik Aziz untuk pergerakan PKR? Nik Aziz setuju ke?

Situasi semakin pelik, kenapa berlaku sehingga begini? Bukankah sepatutnya seseorang itu bertanding di Pilihan Raya adalah untuk berbakti kepada rakyat. Tetapi sekarang ini, PKR ini sungguh tidak adil kerana seperti mahu rakyat melabur jika mahu mereka berbakti. Kenapa begitu sekali? Atau sebenarnya ada agenda lain?

PMW dipahamkan ini adalah strategi PKR melalui Rafizi untuk lari dari tindakan jika disoalan mana datang sumber kewangan PKR PRU13 ini. Seperti yang telah maklum, PKR mempunya dana yang besar, duit mereka banyak jadi untuk dielakkan daripada dikenakan tindakan atau melanggar syarat oleh SPR maka dibuat tabung ini. Alasan mudah untuk mereka berikan iaitu datang dari duit rakyat sedangkan cerita sebenarnya tiada pun rakyat yang dermakan.

Persoalan PMW timbul adalah dimana datangnya dana yang besar ini? Dari mana kewangan ini muncul? Siapakah yang sungguh baik itu hingga memberi dana yang banyak untuk membiayai kewangan PKR? Apakah habuan yang menanti mereka yang melabur?


Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Tegur Rafizi : Manifesto Harga Kereta

Anwar Ibrahim selalu menuduh kesilapan kerajaan. Sekarang Rafizi sudah membuat silap. Rafizi hanya melihat kepada satu sudut sahaja. Banyak benda yang Rafizi teleh silap tentang manifesto Pakatan untuk turunkan harga kereta. Strategi Rafizi untuk memancing undi belia dan anak muda gagal. Anwar Ibrahim berat sebelah, kenapa tidak ditegur dan dimarah Rafizi. Anwar Ibrahim sepatutnya canang dalam ceramahnya, Rafizi buat silap, tak patut sokong PKR

Tolak PKR
Undi Barisan Nasional

Nik Aziz VS Abdullah Saamah : UNDI PAS BERSENGKONGKOL DENGAN DAP

 Dua orang hebat agama akan berdebat tentang UNDI PAS BERSENGKONGKOL DENGAN DAP

Abdullah Saamah bersetuju untuk berdebat dengan Nik Aziz, setakat ini tiada lagi tarikh dan dimana akan dibuat. Benda ini perlu dipersegerakan jika tidak agama Islam yang akan tergadai.

"Tetapkan tarikhnya dan saya sahut cabarannya untuk berdebat, TIADA MASALAH," kata Penasihat Minda Pondok Abdullah Saamah, mengenai kesedian Menteri Besar Kelatan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdebat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Minda Pondok.

Bagaimanapun, Abdullah menetapkan syarat debat itu hanya ANTARA BELIAU DAN NIK AZIZ tanpa campur tangan pihak lain.



   VS
  

Kenapa Rabu Bubar? Kenapa Sabtu Penamaan? Kenapa Ahad Ngundi?

Pengumuman bubar pada hari Rabu

R -rakyat
A - akan
B - bersama
U - umno

Tarikh penamaan calon pada hari Sabtu
S - semua
A - akan
B - bersatu
T - tolong
U - umno

Hari mengundi jatuh pada hari Ahad
A - adalah
H - hari
A - anwar
D - di kuburkan

Tarikh Mengundi
5.5.13
55 tahun umno memerintah
2013 tahun terbaik BN mula langkah baru..TRANSFORMASI !!

Wednesday, 10 April 2013

Chegu Bard Follow Punggung Anwar Ibrahim Bertanding Di Pulau Pinang

Seorang lagi orang luar akan bertanding di Pulau Pinang. Malam ini digemparkan bahawa Chegu Bard atau Badrul Hisham Shahrin akan bertanding di Pulau Pinang.

PMW dikhabarkan Chegu Bard akan bertanding di DUN Sungai Acheh. Kenapa nak bertanding di Pulau Pinang? Chegu Bard berasal dari Negeri Sembilan  atau lebih spesifik Rembau, disebabkan dia Not Wanted di Rembau. Dia bukan anak jati Pulau Pinang lagilah tidak pernah berbakti kepada orang-orang Pulau Pinang. 

Apa yang PMW tahu, bakti yang Chegu Bard telah lakukan ialah mengupah mahasiswa/i UIA datang ke Pulau Pinang untuk membuat demostrasi. Petang tadi iaitu 10 April 2013 dikala hujan lebat mahasiswa/i UIA (orang upahan) telah membuat demostrasi di Komtar. Mereka membawa slogan tolak UMNO. Tidak tahukah mereka bahawa orang-orang Penang seperti PMW sudah muak dan tidak mahu dipermainkan lagi DAP. 5 tahun sudah kami sengsara cukuplah tiada lagi kerajaan DAP selepas ini. Kami tolak DAP, tolak PKR, tolak PAS malah TOLAK PAKATAN RAKYAT

Mari kita orang Pulau Pinang menolak Chegu Bard, Anwar Ibrahim dan semua calon-calon Pakatan Haram.

UNDI BARISAN NASIONAL UNTUK KEMAJUAN RAKYAT PULAU PINANG

Mengapa BN? : Memenuhi Kehendak Rakyat

Memenuhi Kehendak Rakyat

  • Berkongsi harapan dan aspirasi - Berusaha keras menjadikannya suatu kenyataan untuk semua
  • Memperkasa rakyat - Peralihan yang terurus ke arah masyarakat progresif, moden dan demokratik dengan iltizam untuk melindungi hak asasi manusia dan alam sekitar
  • Menepati janji Membawa Harapan - Memacu rakyat dan negara ke tahap baharu kecemerlangan dan perkhidmatan berasaskan gagasan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!


KEMBALI

Mengapa BN? : Perkongsian Kuasa Telah Teruji

Perkongisan Kuasa Telah Teruji

  • Gabungan pelbagai parti kami (Barisan Nasional) telah teruji - Selepas 55 tahun, ia masih mewakili seluruh lapisan rakyat dari semua negeri di Malaysia
  • Kami percaya kepada kesinambungan - Para pemimpin datang dan pergi tetapi gabungan tetap utuh
  •  Kami (Barisan Nasional) amalkan politik konsensus dan keterangkuman - Semua pendapat diambil kira, semua suara didengar 

KEMBALI

Mengapa BN? : Gerakan Kesederhanaan

Gerakan Kesederhanaan

  • Kami amalkan formula perkongsian kuasa yang efektif - Kami (Barisan Nasional) tolak politik benci-membenci dan pecah belah
  • Kami (Barisan Nasional) hormat dan terima kepelbagaian agama dan kaum - Kami (Barisan Nasional) membina jambatan ; Kami (Barisan Nasional) tidak merobohkannya
  • Kami menentang eksploitasi kaum dan agama untuk keuntungan politik - Perpaduan membuahkan kekuatan, perpecahan pula hanya membawa kemusnahan

Menagapa BN? : Rekod Pencapaian

Rekod Pencapaian

  • Kejayaan yang dikecapi dalam tempoh 55 tahun tidak boleh dinafikan - Kami (Barisan Nasional) adalah parti yang mempunyai rekod pencapaian mantan dan menunaikan segala janji
  • Selama ini, Kerajaan yang diterajui BN telah membawa kemakmuran kepada segenap segmen masyarakat Malaysia
  •  Kami (Barisan Nasional) akan meneruskan rekod kecemerlangan ini - Sekarang bukan masa untuk bereksperimen. Jangan sesekali lakukan uji kaji dengan masa depan kita
  • Kami telah buktikan - BN sentiasa melakukan penambaikan. Sepanjang empat tahun lalu, negara mencapai banyak kemajuan besar dan kami (Barisan Nasional) meningkatkan produktiviti dan sistem penyampaian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...