Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Thursday, 11 April 2013

Nik Aziz VS Abdullah Saamah : UNDI PAS BERSENGKONGKOL DENGAN DAP

 Dua orang hebat agama akan berdebat tentang UNDI PAS BERSENGKONGKOL DENGAN DAP

Abdullah Saamah bersetuju untuk berdebat dengan Nik Aziz, setakat ini tiada lagi tarikh dan dimana akan dibuat. Benda ini perlu dipersegerakan jika tidak agama Islam yang akan tergadai.

"Tetapkan tarikhnya dan saya sahut cabarannya untuk berdebat, TIADA MASALAH," kata Penasihat Minda Pondok Abdullah Saamah, mengenai kesedian Menteri Besar Kelatan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdebat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Minda Pondok.

Bagaimanapun, Abdullah menetapkan syarat debat itu hanya ANTARA BELIAU DAN NIK AZIZ tanpa campur tangan pihak lain.



   VS
  

Friday, 5 April 2013

NIK AZIZ TUNJUK KUASA MELANGKAUI KUASA ALLAH S.W.T

Mursyidul Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus MENCETUSKAN KONTROVERSI dengan mendakwa SEMBAHYANG ORANG UMNO TIDAK MENDAPAT PAHALA kerana parti itu menolak dasar Islam.

Dalam masa yang sama, Menteri Besar Kelantan itu turut mendakwa UMNO menolak ALLAH SWT kerana mengamalkan dasar kebangsaan yang menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

KATA-KATA NIK AZIZ 04 APRIL 2013 DI KAMPUNG JAMBU

UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tidak dapat pahala, boleh pahala apa kalau tolak Islam.
Kalau nak dapat pahala ikhlas ini bukan senang, hendak pahala ikhlas bagaimana kalau tolak Islam, Allah yang bawa turun Islam kepada Nabi Muhammad SAW, tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan.

NIK AZIZ KATA UMNO TOLAK ISLAM. BAGAIMANA YANG DIDEFINISIKAN UMNO TOLAK ISLAM? JIKA BENAR UMNO TOLAK ISLAM SEKALIPUN NIK AZIZ TIDAK LAYAK MEMBERI HUKUM SIAPA DAPAT PAHALA ATAU TIDAK.
NIK AZIZ BUKAN RASUL, NIK AZIZ BUKAN NABI, NIK AZIZ BUKAN MALAIKAT.
ALLAH SWT MENURUNKAN ISLAM KEPADA NABI MUHAMMAD SAW BUKANNYA KEPADA NIK AZIZ. 
NAMA ALLAH SWT ITU DITURUNKAN KEPADA NABI MUHAMMAD SAW UNTUK ORANG-ORANG MUSLIMIN
AKAN TETAPI
NIK AZIZ, HAJI HADI DAN PAS DALAM PAKATAN RAKYAT SEPAKAT MEMBERI NAMA ALLAH UNTUK KEGUNAAN AGAMA KRISTIAN 

SEKARANG DITEKANKAN BAHAWA PAS MEMPERMAIN2KAN AGAMA ISLAM DAN HUKUM ALLAH SWT.
PAS MENGGUNAKAN ISLAM UNTUK MENDAPAT PENGARUH POLITIKNYA.
SIAPA YANG JAHIL PASTI AKAN TERPENGARUH. 

Saturday, 30 March 2013

Sindrom Melayu Rasa Bersalah Jadi Melayu

Perpecahan dalam kalangan orang Melayu bukan sahaja disebabkan oleh perbezaan ideologi politik tetapi turut didorong sindrom rasa bersalah menjadi Melayu

Perkata ini didedahkan Pensyarah Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr. Sidek Baba, sikap rasa bersalah jadi orang Melayu ini menyebabkan orang Melayu semakin terpinggir disebabkan kelemahan mereka sendiri.

Beliau yang kesal dengan sindrom ini menegaskan, orang Melayu tidak seharusnya wujud SEKELUMIT pun rasa bersalah dalam diri mereka kerana dilahirkan sebagai Melayu. Jadi kenapa kite perlu rasa bersalah bila jadi umat Melayu. Perkara ini sudah dinyatakan secara jelas di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan. Orang Melayu masih jauh ketinggalan dan tidak wajar untuk rasa bersalah.

Ekuiti orang Melayu dan bumiputera cuma 20 peratus dan selebihnya dimiliki kaum lain. Jika peratus menjadi perkiraan dalam konteks Malaysia apakah Melayu yang hanya ada ekuiti 20 peratus ini menganiaya pihak lain

Hanya perpaduan sahaja yang boleh mengembalikan kekuatan orang Melayu sebagaimana pernah dibuktikan semasa bangkit menuntut kemerdekaan dari British dahulu katanya. Perpaduan yang diharapkan itu pasti lebih mudah jika parti pembangkang khususnya Pas berlapang dada dan menerima idea kesatuan tanya terlalu mementingkan keuntungan politik melebihi kelangsungan orang Melayu.

"Apakah kalau kita memperjuangkan kepentingan Melayu itu assabiyah?Melayu itu Islam dan MEMPERJUANGKAN MELAYU itu bererti MEMPERJUANGKAN ISLAM. Jadi mengapa usaha untuk mengangkat martabat Islam itu dianggap assabiyah?" ujar Sidek Baba.

Tapi inilah sikap pemimpin pembangkang. Masa hendak tubuhkan UIAM dulu, apa mereka tidak kutuk. Masa tubuh Bank Islam, mereka kata seperti letak daging halal sebelah daging babi tapi sekarang siapa yang dapat manfaat.

Dalam pada itu, Tan Sri Zainuddin (penganalisis politik) pula memberi peringatan kepada orang Melayu agar berwaspada dengan penjajahan minda, budaya, sosial, ekonomi serta politik dalam bentuk baharu jika tidak mahu kaum berkenaan hilang kuasa mentadbir.

Jangan kita hanya melihat kerosakan dan kelemahan kecil kerajaan sehingga menidakkan keagungan yang dicipta bangsa kita kerana belum tentu pihak yang menjanjikan perubahan boleh memastikan hak ini kekal.

Jika orang Melayu berterusan mementingakan ideoligi politik masing-masing dan enggan bersatu walaupun kini menjadi dalam penentuan politik, tidak mustahil kuasa Melayu akan hilang.
JIka Melayu gagal mempertahankan kuasa dalam Pilihan Raya Umum akan datang, jangan harap kuasa politik itu akan dapat kira rampas kembali dan contoh terbaik di Singapura begitu juga nasib orang Melayu di Pulau Pinang

Thursday, 28 March 2013

AWAS!!! SYIAH MEREBAK KE USIM??

1. Blogger dari Krew Most Wanted, Nogori Most Wanted dan Brader Mansuh, semalam membuat pendedahan berkenaan gelagat penyokong Syiah yang kini sudah merebak ke Universiti Sains Islam Malaysia, USIM di Nilai.


2. Gerakan Syiah semakin melampau nampaknya. Komuniti ini semakin hari semakin berani tampil terbuka. Jika sebelum ini gerakan mereka sukar menembusi masyarakat, hari ini mereka sudah mula bergerak melalui kampus-kampus, meracuni pemikiran golongan mahasiswa yang kemudiannya menubuhkan pelbagai gerakan aktivisme seperti KAMI yang dipimpin oleh Khalid Ismath.
 
 
 
PENDEDAHAN LEBIH PANAS??
Kunjungi GERAKAN 13 , BRADER MANSUH 
 

Sunday, 24 March 2013

ESSCOM Membazir Duit Rakyat?



Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) akan membabitkan penyelarasan kerjasama antara tiga komponen, iaitu penduduk setempat, pasukan tentera dan pihak polis bagi membanteras ancaman pengganas.

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata satu mesyuarat diadakan semalam bagi merangka strategi bagaimana mahu membabitkan orang ramai, terutama masyarakat setempat dalam ESSCOM.


“Kementerian Dalam Negeri (KDN) berpendapat benteng pertahanan pertama mestilah masyarakat setempat, sebab itulah anggota RELA, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Ketua Kampung digerakkan untuk usaha ini.

“Mereka ini boleh menjadi mata dan telinga pasukan keselamatan negara selain berperanan membendung penyebaran khabar angin, sekali gus memberi keyakinan kepada rakyat Sabah bahawa negeri itu selamat.

Untuk maklumat lanjut KLIK DI SINI

Pada pendapat PMW, ESSCOM ini sangat bagus. Sebelum ini keselamatan di kawasan Lahad Datu selamat dan tiada ancaman. Oleh kerana ancaman ini, maka ESSCOM direka. Ini adalah tindakan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah untuk menghadapi ancaman yang akan datang. Dari sini kita boleh lihat betapa cepatnya PIHAK PDRM / KDN mengambil tindakan. Tidak seperti yang diuar-uarkan mengatakan mereka 'lambat'. Sedangkan pada masa itu PDRM memberi ruang kepada orang ISLAM SULU untuk mengundurkan diri supaya tidak ada pertumpahan darah sesama ISLAM. Akan tetapi , pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengatakan PDRM 'lembab' adalah hanya untuk menunggu PDRM membuat kesilapan semasa operasi untuk diburukkan imej PDRM. 
PMW akan ulas lanjut kemudian.

Sunday, 17 March 2013

Orang Islam Pakatan Rakyat Meragui Kuasa Allah S.W.T?

Hari ini hari Ahad, hari cuti hampir kepada semua manusia sejagat di Malaysia dan seluruh dunia.
Tetapi hari ini ramai orang yang sibuk membela pemimpin mereka katanya difitnah.
Ada yang kata ini konspirasi UMNO, ada pula yang kata bawakan 4 saksi, ada pula yang berhajat ingin menunaikan Solat Hajat. Yang paling menarik ada orang menghantar sms jemputa hadir ke Jemputan Pidota Perdana bersama Dato Seri Anwar Ibrahim dengan tajuk utamanya : Anwar Ibrahim Liwat Lagi? Program ini akan diadakan di Pasir Gudang esok.

Adakah anda masih mahu membela pemimpin anda itu?
Saya ingin bawa anda kembali ingat kepada satu kisah seorang pemuda bernama Mohd Saiful Bukhari Azlan. Baru-baru ini bapa kandungnya membuat liputan berita mengatakan dia (Saiful) telah dipergunakan oleh agen-agen UMNO.

 Apakah dia sumpah laknat?
Sumpah yang semacam itu dikenali sebagai mubahalah iaitu bermakna saling melaknat sesiapa yang berbohong antara kedua-dua belah pihak, termasuk orang yang bersumpah. Sumpah laknat melibatkan orang yang bersumpah itu sendiri. Andai kata apa yang disumpah tidak betul, sesuatu yang batil, ertinya orang yang bersumpah juga termasuk dalam mereka yang dilaknat dalam sumpahan itu.

Dalam Surah al-Imran Ayat 61 Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan ) kamu, maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan- perempuan kamu, dan diri kami serta diri kami, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.

 Di dalam sumpah Saiful dia akan dilaknat oleh Allah S.W.T jika dia berbohong. Sehingag hari ini, Anwar Ibrahim masih tidak bersumpah laknat. Dan yang paling penting kita dapat lihat sehingga hari ini
Saiful Bukhari Azlan Tidak Dilaknat Oleh Allah S.W.T
Persoalan saya adakah kamu orang-orang Islam meragui Kekuasan Allah S.W.T?
Jika Saiful menipu maka Allah S.W.T akan menurunkan laknatNya ke atas Saiful
Sekarang terserah kepada saudara-saudara seIslamku, fikir-fikirkanlah secara mendalam. Buangkan taksub, buangkan ego, buangkan politik dan berpeganglah kepada penunjuk Allah S.W,T 

Fitnah atau Kenyataan


Semalam Malaysia digegarkan lagi dengan gambar seseorang mirip kepada Dato Seri Anwar Ibrahim , Ketua Pembangkang, Penasihat Parti PKR, Ahli Parlimen Permatang Pauh di sebuah bilik hotel atau sewaktu dengannya. Gambar-gambar itu boleh dilihat disini Raja Goyang 360
Admin tak sanggup nak upload kerana adegan-adegan yang kurang menyenangkan dan tidak bermoral.
Dua hari ini, cybertrooper PKR,DAP dan PAS sibuk mengtidakkan gambar itu, menolak gambar itu anwar, menuduh konspirasi UMNO, dan bermacam-macam lagi, Yang paling menarik adalah cybertrooper PAS yang menekan untuk membawa 4 orang saksi untuk dibuktikan bahawa itu anwar. Persoalan saya , Saiful Bukhari telah mengaku dia telah diliwat, dan menjadi saksi utama, ditambah kuat lagi dengan SUMPAH LAKNAT yang telah diucapkan oleh beliau, kenapa dia tidak diterima oleh kamu penyokong-penyokong TEGAR ANWAR? Tahukah kamu selain daripada membawa 4 orang saksi SUMPAH LAKNAT boleh dikira juga. Jika betul pemimpin yang disanjungi itu tidak melakukannya tak susah dan tak perlu banyak modal seperti sekarang lakukan SUMPAH LAKNAT, bukan sumpah main-main sebelum ini.
Sebagai kesimpulannya saya dapat rangkumkan bahawa

JIKA SEKALI IA KEMUNGKINAN  BESAR FITNAH
JIKA DUA KALI IA MUNGKIN FITNAH
TAPI KALO DAH BERKALI-KALI mungkin itu semakin TIADA

Jika nak sokong biarlah berpada-pada
Yang salah tetap salah, yang benar tetap benar.
Jangan lupa ALLAH S.A.W Maha Berkuasa, Petanda sudah BANYAK.
Insaflah sebelum terlambat
Gambar Hiasan


Friday, 15 March 2013

Di Kala Menunggu Maghrib

Muhasabah Diri Menunggu Maghrib

Sedarkah anda masyarakat Malaysia sekarang berperangai begini

1.  Suka mengkritik tetapi tidak suka dikritik
2.  Suka mengumpat tetapi tidak suka diumpat
3.  Suka menerima tetapi tidak suka memberi
4.  Suka menyoal tetapi tidak suka disoal
5.  Suka meminta tetapi tidak suka dipinta
6.  Suka mengfitnah tetapi tidak suka difitnah
7.  Suka menegur tetapi tidak suka ditegur
8.  Suka dipuji tetapi tidak suka memuji
9.  Suka memerintah tetapi tidak suka diperintag
10. Suka mengeji tetapi tidak suka dikeji
11. Suka menganggu tetapi tidak suka diganggu
12. Suka menuding tetapi tidak suka dituding
13. Suka mencuri tetapi tidak suka dicuri

Cukuplah sedikit untuk tontonan
Pikir2kan lah anda juga terlibat secara langsung atau tidak langsung
Muhasabah diri untuk diri saya dan juga untuk semua

Wednesday, 13 March 2013

PETUA SENANG HATI


1. Latih hati sentiasa bersangka baik terutama dengan ALLAH

2. Latih hati sentiasa Ingat, ALLAH memberi pahala kepada kita setiap kali kita diumpat

3. Latih hati sentiasa bergantung dengan ALLAH dan tidak terlalu mengharapkan manusia

4. Latih hati sentiasa bersyukur dengan nikmat dari ALLAH

5. Latih hati sentiasa memaafkan kesilapan orang lain dan sentiasa memohon ampun dari ALLAH

Bersama-sama la kita melatih hati kita, dan juga jika diamati bersungguh-sungguh , kita akan bersyukur dengan apa yang telah kerajaan Barisan Nasional telah berikan kepada kita


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...