Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Sunday, 17 March 2013

Fitnah atau Kenyataan


Semalam Malaysia digegarkan lagi dengan gambar seseorang mirip kepada Dato Seri Anwar Ibrahim , Ketua Pembangkang, Penasihat Parti PKR, Ahli Parlimen Permatang Pauh di sebuah bilik hotel atau sewaktu dengannya. Gambar-gambar itu boleh dilihat disini Raja Goyang 360
Admin tak sanggup nak upload kerana adegan-adegan yang kurang menyenangkan dan tidak bermoral.
Dua hari ini, cybertrooper PKR,DAP dan PAS sibuk mengtidakkan gambar itu, menolak gambar itu anwar, menuduh konspirasi UMNO, dan bermacam-macam lagi, Yang paling menarik adalah cybertrooper PAS yang menekan untuk membawa 4 orang saksi untuk dibuktikan bahawa itu anwar. Persoalan saya , Saiful Bukhari telah mengaku dia telah diliwat, dan menjadi saksi utama, ditambah kuat lagi dengan SUMPAH LAKNAT yang telah diucapkan oleh beliau, kenapa dia tidak diterima oleh kamu penyokong-penyokong TEGAR ANWAR? Tahukah kamu selain daripada membawa 4 orang saksi SUMPAH LAKNAT boleh dikira juga. Jika betul pemimpin yang disanjungi itu tidak melakukannya tak susah dan tak perlu banyak modal seperti sekarang lakukan SUMPAH LAKNAT, bukan sumpah main-main sebelum ini.
Sebagai kesimpulannya saya dapat rangkumkan bahawa

JIKA SEKALI IA KEMUNGKINAN  BESAR FITNAH
JIKA DUA KALI IA MUNGKIN FITNAH
TAPI KALO DAH BERKALI-KALI mungkin itu semakin TIADA

Jika nak sokong biarlah berpada-pada
Yang salah tetap salah, yang benar tetap benar.
Jangan lupa ALLAH S.A.W Maha Berkuasa, Petanda sudah BANYAK.
Insaflah sebelum terlambat
Gambar Hiasan


Friday, 15 March 2013

Di Kala Menunggu Maghrib

Muhasabah Diri Menunggu Maghrib

Sedarkah anda masyarakat Malaysia sekarang berperangai begini

1.  Suka mengkritik tetapi tidak suka dikritik
2.  Suka mengumpat tetapi tidak suka diumpat
3.  Suka menerima tetapi tidak suka memberi
4.  Suka menyoal tetapi tidak suka disoal
5.  Suka meminta tetapi tidak suka dipinta
6.  Suka mengfitnah tetapi tidak suka difitnah
7.  Suka menegur tetapi tidak suka ditegur
8.  Suka dipuji tetapi tidak suka memuji
9.  Suka memerintah tetapi tidak suka diperintag
10. Suka mengeji tetapi tidak suka dikeji
11. Suka menganggu tetapi tidak suka diganggu
12. Suka menuding tetapi tidak suka dituding
13. Suka mencuri tetapi tidak suka dicuri

Cukuplah sedikit untuk tontonan
Pikir2kan lah anda juga terlibat secara langsung atau tidak langsung
Muhasabah diri untuk diri saya dan juga untuk semua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...