Showing posts with label rakyat. Show all posts
Showing posts with label rakyat. Show all posts

Sunday, 24 March 2013

ESSCOM Membazir Duit Rakyat?



Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) akan membabitkan penyelarasan kerjasama antara tiga komponen, iaitu penduduk setempat, pasukan tentera dan pihak polis bagi membanteras ancaman pengganas.

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata satu mesyuarat diadakan semalam bagi merangka strategi bagaimana mahu membabitkan orang ramai, terutama masyarakat setempat dalam ESSCOM.


“Kementerian Dalam Negeri (KDN) berpendapat benteng pertahanan pertama mestilah masyarakat setempat, sebab itulah anggota RELA, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Ketua Kampung digerakkan untuk usaha ini.

“Mereka ini boleh menjadi mata dan telinga pasukan keselamatan negara selain berperanan membendung penyebaran khabar angin, sekali gus memberi keyakinan kepada rakyat Sabah bahawa negeri itu selamat.

Untuk maklumat lanjut KLIK DI SINI

Pada pendapat PMW, ESSCOM ini sangat bagus. Sebelum ini keselamatan di kawasan Lahad Datu selamat dan tiada ancaman. Oleh kerana ancaman ini, maka ESSCOM direka. Ini adalah tindakan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah untuk menghadapi ancaman yang akan datang. Dari sini kita boleh lihat betapa cepatnya PIHAK PDRM / KDN mengambil tindakan. Tidak seperti yang diuar-uarkan mengatakan mereka 'lambat'. Sedangkan pada masa itu PDRM memberi ruang kepada orang ISLAM SULU untuk mengundurkan diri supaya tidak ada pertumpahan darah sesama ISLAM. Akan tetapi , pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengatakan PDRM 'lembab' adalah hanya untuk menunggu PDRM membuat kesilapan semasa operasi untuk diburukkan imej PDRM. 
PMW akan ulas lanjut kemudian.

Friday, 22 March 2013

Ke Mana Duit Rakyat?








BUTTERWORTH 16 Mac - Kerajaan Pusat memperuntukkan dana sebanyak RM1.5 juta kepada Koperasi Pandai Besi Pekan Darat Seberang Perai Berhad di sini bagi penjenamaan semula produk pertukangan besi tempatan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, ini kerana perusahaan tersebut berupaya memberi impak sosioekonomi kepada penduduk setempat.
Katanya, peruntukan dana itu mampu menjadikan produk keluaran mereka berdaya saing ditambah pula dengan sistem pengurusan dan pemasaran yang sistematik.
"Perusahaan yang berusia 172 tahun itu mampu memberi pendapatan tinggi jika mereka rajin berusaha dan membuat penambahbaikan dalam aspek kualiti dan produktiviti serta menerokai pasaran yang lebih luas," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Warisan Pandai Besi Pekan Darat di sini hari ini.
Nor Mohamed yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, peruntukan itu akan disalur secara berperingkat kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) sebagai agensi pelaksana bagi kerja menaik taraf bengkel, pembelian mesin baharu termasuk membiayai kursus-kursus berkaitan.
Katanya, sebuah galeri pameran juga akan dibina dalam tempoh terdekat supaya perusahaan itu dapat menjadi tarikan pelancong untuk berkunjung ke negeri ini.

Sumber : Utusan Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...