Showing posts with label 1 malaysia brothers. Show all posts
Showing posts with label 1 malaysia brothers. Show all posts

Wednesday, 10 April 2013

Mengapa BN? : Memenuhi Kehendak Rakyat

Memenuhi Kehendak Rakyat

  • Berkongsi harapan dan aspirasi - Berusaha keras menjadikannya suatu kenyataan untuk semua
  • Memperkasa rakyat - Peralihan yang terurus ke arah masyarakat progresif, moden dan demokratik dengan iltizam untuk melindungi hak asasi manusia dan alam sekitar
  • Menepati janji Membawa Harapan - Memacu rakyat dan negara ke tahap baharu kecemerlangan dan perkhidmatan berasaskan gagasan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!


KEMBALI

Mengapa BN? : Perkongsian Kuasa Telah Teruji

Perkongisan Kuasa Telah Teruji

  • Gabungan pelbagai parti kami (Barisan Nasional) telah teruji - Selepas 55 tahun, ia masih mewakili seluruh lapisan rakyat dari semua negeri di Malaysia
  • Kami percaya kepada kesinambungan - Para pemimpin datang dan pergi tetapi gabungan tetap utuh
  •  Kami (Barisan Nasional) amalkan politik konsensus dan keterangkuman - Semua pendapat diambil kira, semua suara didengar 

KEMBALI

Mengapa BN? : Gerakan Kesederhanaan

Gerakan Kesederhanaan

  • Kami amalkan formula perkongsian kuasa yang efektif - Kami (Barisan Nasional) tolak politik benci-membenci dan pecah belah
  • Kami (Barisan Nasional) hormat dan terima kepelbagaian agama dan kaum - Kami (Barisan Nasional) membina jambatan ; Kami (Barisan Nasional) tidak merobohkannya
  • Kami menentang eksploitasi kaum dan agama untuk keuntungan politik - Perpaduan membuahkan kekuatan, perpecahan pula hanya membawa kemusnahan

Menagapa BN? : Rekod Pencapaian

Rekod Pencapaian

  • Kejayaan yang dikecapi dalam tempoh 55 tahun tidak boleh dinafikan - Kami (Barisan Nasional) adalah parti yang mempunyai rekod pencapaian mantan dan menunaikan segala janji
  • Selama ini, Kerajaan yang diterajui BN telah membawa kemakmuran kepada segenap segmen masyarakat Malaysia
  •  Kami (Barisan Nasional) akan meneruskan rekod kecemerlangan ini - Sekarang bukan masa untuk bereksperimen. Jangan sesekali lakukan uji kaji dengan masa depan kita
  • Kami telah buktikan - BN sentiasa melakukan penambaikan. Sepanjang empat tahun lalu, negara mencapai banyak kemajuan besar dan kami (Barisan Nasional) meningkatkan produktiviti dan sistem penyampaian.

Wednesday, 27 March 2013

Kerajaan DAP Pulau Pinang Seleweng RM70,000 Sebulan

Lampiran semata-mata
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) , 1Malaysia Brothers (1MB) semalam tampil membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat kemungkinan terdapat unsur salah guna kuasa oleh pemimpin Kerajaan DAP Pulau Pinang

Setiausaha Agung 1MB, Zainuddin Jaafar berkata, pendedahan media mengenai dakwaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menyewa sebuah premis sebanyak RM 70,000 sebulan tanpa digunakan nyata mengejutkan.

Menurutnya, rakyat perlu mendapat penjelasan daripada kerajaan negeri kerana selama ini mereka dikenakan pelbagai caj untuk penggunaan air di rumah dan juga premis perniagaan.
Laporan dibuat di Balai Polis Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) semalam. Yang turut hadir ialah Presiden 1MB, Khoo Boo Eam. Mereka kemudiannya membuat laporan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri.

1MB membuat laporan setelah Datuk Musa Sheikh Fadzir (Timbalan Pengerusi UMNO Negeri) mendedahkannya kepada media tentang penyewaan sebuah premis kosong di KOMTAR bagi dijadikan pejabat PBAPP.

Premis tersebut dipercayai disewa oleh PBAPP daripada sebuah syarikat sejak setahun lalu dengan kadar RM 70,000 sebulan. Ini bermakna dalama massa setahun, PBAPP telah membayar hampir RM 1 juta kepada syarikat berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...