Showing posts with label Allah bersama BN. Show all posts
Showing posts with label Allah bersama BN. Show all posts

Thursday, 2 May 2013

KENAPA SOKONG BN? VS KENAPA SOKONG PAKATAN TAK DAFTAR?


BARISAN NASIONAL ADALAH YANG TERBAIK
AKAN TETAPI BARISAN NASIONAL TERUS MELAKUKAN TRANSFORMASI UNTUK KEBAIKAN RAKYAT DAN NEGARA
BAYANGKAN YANG BAIK DITRANSFORM MENJADI LEBIH BAIK
YANG LEBIH BAIK DIJADIKAN YANG TERBAIK
TAK PERLU UBAH DAN KATAKAN LAIN KALILAH PAKATAN TAK DAFTAR

UNDILAH BARISAN NASIONAL
VOTE FOR BARISAN NASIONAL

AKU JANJI BARISAN NASIONAL VS MANIFESTO PAKATAN TAK DAFTAR

Barisan Nasional melakukan banyak kebaikan dan berbakti kepada rakyat dengan penuh telus.
Kelemahan Barisan Nasional yang paling utama ialah Barisan Nasional terlalu 'humble' atau rendah diri 
Disebabkan ini, kebaikkan dan kejayaan Barisan Nasional susah untuk didengari.
Lihatlah rakyat Malaysia, Barisan Nasional melakukan semuanya untuk rakyat
Pakatan Rakyat licik mengambil kesempatan atas kebaikan Barisan Nasional
UNDILAH BARISAN NASIONAL UNTUK KEMAJUAN NEGARA
DEMI BANGSA,AGAMA DAN NEGARA
UNDI BARISAN NASIONAL
VOTE FOR BARISAN NASIONAL


Monday, 29 April 2013

Chegu Bard Kena Tikam Di Sungai Acheh

Mereka kata mereka sudah sepakat. Mereka kata mereka akan bagi pada PKR. Mereka kata boleh bekerjasama lebih baik daripada BN. Hakikatnya PKR,PAS dan DAP tidak sepakat dan tidak boleh bekerjasama. Dalam diam-diam PAS berkempen untuk calon mereka.

Pada 27 April 2013, didapati satu kumpulan Muslimah Pas telah pergi berkempen di Kampung Chenaam. Muslimah ini berbaju hijau dan pergi rumah ke rumah berkempen untuk memancing undi. Ingatkan mereka memancing undi untuk Chegu Bard tetapi sebaliknya. Keputusan MT mengatakan PAS dengan rela hati akan tarik diri dan tidak akan berkempen untuk calon PAS. Berita Selanjutnya
 



















APA SUDAH JADI?


Muslimah PAS pergi pada setiap rumah untuk meminta orang kampung di kawasan tersebut memberi undi kepada calon mereka iaitu Ustaz Yusni Mat Piah. Namun apa yang dilakukan oleh pihak PAS ini tidak mendapat restu dari PKR kerana ianya mengganggu kedudukan dan kemenangan Chegu Bard yang turut bertanding di kawasan tersebut.

Jika perkara ini pun tidak dapat sepakat apatah lagi memerintah negara nanti. Bagi orang-orang PAS, Chegu Bard bukanlah seorang pemimpin yang bersih. Silap-silap ucapan Haji Hadi tentang 'CALON PENGEDAR PIL KUDA' ada kaitan dengan Chegu Bard.

Pengundi DUN Sg Acheh hendaklah menolak PAS dan PKR di kawasan tersebut.
Pilihlah Barisan Nasional yang sudah terbukti berkesan dan boleh bekerjasama dalam membela hak rakyat.

UNDI BN
VOTE FOR BN

Friday, 26 April 2013

Hudud Nik Aziz Hanya Semasa Pilihan Raya

Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata PAS tidak akan dapat melaksanakan hukum hudud walaupun pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13). Ini kerana mereka akan bergaduh sesama sendiri. Jika sekarang pun tidak dapat persefahaman inikan pula akan datang.

Apa yang dikatakan oleh Dr Mohd Asri ada juga kebenarannya. Setiap kali pilihan raya tidak kira umum atau kecil pasti Nik Aziz dan Haji Hadi akan kata nak laksanakan hudud. Akan tetapi setelah menang/kalah tidak keluar satu pun dari mulut mereka akan melaksanakan hudud. Ini seperti janji kosong setiap pilihan raya. Yang PMW pelik ada juga yang termakan janji ini sedangkan dan 20 tahun benda ini dijanjikan dan tak pun dilaksanakan.

Karpal Singh berkeras dan sama sekali menolak hudud. Lim Kit Siang juga menyatakan benda yang sama tidak mahu laksanakan hudud. Anwar Ibrahim tidak menyatakan apa kerana mahu menjaga hati DAP dan PAS tetapi PMW tahu Anwar Ibrahim pasti tidak mahu laksanakan kerana Anwar Ibrahim membela orang-orang yang mempunyai banyak masalah di dalam PKR.

Pengundi-pengundi hendakaklah jangan termakan dengan janji palsu oleh Nik Aziz dan Haji Hadi. Setiap kali pilihanraya pasti kata nak laksanakan. Penyokong-penyokong Pas sepatutnya sudah sedar akan budaya Nik Aziz yang cuba menarik undi sahaja.

TOLAK PAS
TOLAK PKR
TOLAK DAP

UNDI BN
VOTE FOR BN

Tuesday, 16 April 2013

Updated : Senarai Nama Calon BN Sudah Keluar

Calon BARISAN NASIONAL DUN & PARLIMEN PULAU PINANG

P041 Kepala batas Datuk Rizal Marican
N01 Penaga Mohd Zain b Ahmad
N02 Bertam Sharizul Ahmad
N03 Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin

P042 Tasek Gelugor Shahabudin Yahaya
N04 permatang berangan Omar haji hamid
N05 Sungai Dua Mohd Yusoff Mohd Noor
N06 Teluk Air tawar datuk jahara hamid

P043 Bagan Chua teik Seang
N07 sungai Puyu Sam Yu keong
N08 Bagan jermal Tan Chuan Hwa
N09 Bagan Dalam karupanan

P044 P. pauh Dr. mazlan ismal
N10 Seberang jaya Datuk nasir Abdullah
N11 Permatang pasir Anuar yahaya
N12 Penanti Ibrahim Ahmad

P045 B. Mertajam Goey Guan Liang
N13 Berapit lau chek Tuan
N14 machang bubuk Tan Lok Hia
N15 padang lalang tan tek chey

P046 batu kawan Gobalakrisnan a/l muniandy
N16 perai Krishnan legumaran
N17 Bukit tengah teng chang yeow
N18 Bukit tambun lai Chu ha

P047 Nibong Tebal Datuk Zainal Abidin
N19 jawi Tang Cheng liang
N20 Sg bakap Mohd Fuad mat isa
N21 Sungai Acheh Dato mahmud Zakaria

P048 Bukit Bendera Teh Liow meng
N22 tanjung bunga chia kuan chai
N23air putih Tan keng keong
N24 kebun Bunga Ng ching wey
N25 pulau tikus Rohina yap

P049 Tanjung Eng Song keng
N26 Padang kota OoTeong keong
N27 Pengkalan Kota Loh Poh chai
N28 Komtar

P050 Jelutong Ng fock onn
N29 datuk keramat On tiang lai
N30 Sg Pinang Thor teong ee
N31 batu lanchang lee boon teng

P051 Bukit gelugor teh beng yam
N32 Sri delima lau joo hiang
N33 air itam loh jia seng
N34 paya terubong Oh wan liow

P052 bayan baru Tang yeap Seng
N35 batu uban Loh beng sia
N36 pantai jerejak Wong man Ho
N37 batu maung mansor Musa

P053 Balik Pulau dato Helmi yahaya
N38 bayan lepas Noordin Ahmad
N39 Pulau betong mohd farid Saad
N40 Teluk bahang Shahidan Ayob Mustaffa
 UNDILAH BARISAN NASIONAL
VOTE FOR BARISAN NASIONAL
FOR BETTER NATION

Monday, 15 April 2013

Hak Rakyat Diketepikan Oleh Anwar Ibrahim



Beginikah dikatakan Pemimpin Rakyat

Bukan PMW sahaja yang diblock rupa-rupanya ramai yang kena block.

Anwar Ibrahim dan Admin kepada AKAUN TWITTER ANWAR IBRAHIM sungguh tidak profesional dan tidak mengamalkan hak bersuara.

Beginikah orang yang hendak dijadikan Perdana Menteri? PMW percaya jika orang ini menjadi Perdana Menteri pasti dia akan menghancurkan orang-orang yang menentangnya.
Orang-orang BN jangan haraplah nak dapat subsidi dan yang pasti akan dihalang daripada mendapat apa-apa bantuan.

Pemerintahan Barisan Nasional sangat terbuka dan demokrasi. Tidak kira rakyat itu penyokong BN atau tidak pasti mendapat bantuan dan subsidi. Ramai juga penyokong-penyokong PKR,PAS dan DAP yang bekerja sebagai penjawat awam, dan ada juga yang berpangkat tinggi lagi. Tapi mereka ini pasti akan mengecewakan bila sudah PENCEN nanti kerana apa, kerana menuduh kerajaan BN zalim dan macam-macam lagi. Sedangkan tuduhan itu adalah tuduhan palsu.

Malah PMW difahamkan PERSONAL ASSISTANT NURUL IZZAH MENGHADIRI EXAM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK MINGGU LEPAS. Betapa rasional dan tidak berat sebelah kerajaan Barisan Nasional



Sekali lagi PMW mengatakan jika Anwar Ibrahim memerintah pasti orang-orang yang tidak menyokongnya akan ditindas. Undilah Barisan Nasional. JANGAN SABOTAJ CALON. MENANGKAN CALON TERSEBUT.

Wednesday, 10 April 2013

Chegu Bard Follow Punggung Anwar Ibrahim Bertanding Di Pulau Pinang

Seorang lagi orang luar akan bertanding di Pulau Pinang. Malam ini digemparkan bahawa Chegu Bard atau Badrul Hisham Shahrin akan bertanding di Pulau Pinang.

PMW dikhabarkan Chegu Bard akan bertanding di DUN Sungai Acheh. Kenapa nak bertanding di Pulau Pinang? Chegu Bard berasal dari Negeri Sembilan  atau lebih spesifik Rembau, disebabkan dia Not Wanted di Rembau. Dia bukan anak jati Pulau Pinang lagilah tidak pernah berbakti kepada orang-orang Pulau Pinang. 

Apa yang PMW tahu, bakti yang Chegu Bard telah lakukan ialah mengupah mahasiswa/i UIA datang ke Pulau Pinang untuk membuat demostrasi. Petang tadi iaitu 10 April 2013 dikala hujan lebat mahasiswa/i UIA (orang upahan) telah membuat demostrasi di Komtar. Mereka membawa slogan tolak UMNO. Tidak tahukah mereka bahawa orang-orang Penang seperti PMW sudah muak dan tidak mahu dipermainkan lagi DAP. 5 tahun sudah kami sengsara cukuplah tiada lagi kerajaan DAP selepas ini. Kami tolak DAP, tolak PKR, tolak PAS malah TOLAK PAKATAN RAKYAT

Mari kita orang Pulau Pinang menolak Chegu Bard, Anwar Ibrahim dan semua calon-calon Pakatan Haram.

UNDI BARISAN NASIONAL UNTUK KEMAJUAN RAKYAT PULAU PINANG

Mengapa BN? : Memenuhi Kehendak Rakyat

Memenuhi Kehendak Rakyat

  • Berkongsi harapan dan aspirasi - Berusaha keras menjadikannya suatu kenyataan untuk semua
  • Memperkasa rakyat - Peralihan yang terurus ke arah masyarakat progresif, moden dan demokratik dengan iltizam untuk melindungi hak asasi manusia dan alam sekitar
  • Menepati janji Membawa Harapan - Memacu rakyat dan negara ke tahap baharu kecemerlangan dan perkhidmatan berasaskan gagasan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!


KEMBALI

Mengapa BN? : Perkongsian Kuasa Telah Teruji

Perkongisan Kuasa Telah Teruji

  • Gabungan pelbagai parti kami (Barisan Nasional) telah teruji - Selepas 55 tahun, ia masih mewakili seluruh lapisan rakyat dari semua negeri di Malaysia
  • Kami percaya kepada kesinambungan - Para pemimpin datang dan pergi tetapi gabungan tetap utuh
  •  Kami (Barisan Nasional) amalkan politik konsensus dan keterangkuman - Semua pendapat diambil kira, semua suara didengar 

KEMBALI

Mengapa BN? : Gerakan Kesederhanaan

Gerakan Kesederhanaan

  • Kami amalkan formula perkongsian kuasa yang efektif - Kami (Barisan Nasional) tolak politik benci-membenci dan pecah belah
  • Kami (Barisan Nasional) hormat dan terima kepelbagaian agama dan kaum - Kami (Barisan Nasional) membina jambatan ; Kami (Barisan Nasional) tidak merobohkannya
  • Kami menentang eksploitasi kaum dan agama untuk keuntungan politik - Perpaduan membuahkan kekuatan, perpecahan pula hanya membawa kemusnahan

Menagapa BN? : Rekod Pencapaian

Rekod Pencapaian

  • Kejayaan yang dikecapi dalam tempoh 55 tahun tidak boleh dinafikan - Kami (Barisan Nasional) adalah parti yang mempunyai rekod pencapaian mantan dan menunaikan segala janji
  • Selama ini, Kerajaan yang diterajui BN telah membawa kemakmuran kepada segenap segmen masyarakat Malaysia
  •  Kami (Barisan Nasional) akan meneruskan rekod kecemerlangan ini - Sekarang bukan masa untuk bereksperimen. Jangan sesekali lakukan uji kaji dengan masa depan kita
  • Kami telah buktikan - BN sentiasa melakukan penambaikan. Sepanjang empat tahun lalu, negara mencapai banyak kemajuan besar dan kami (Barisan Nasional) meningkatkan produktiviti dan sistem penyampaian.

Friday, 5 April 2013

DUN PULAU PINANG BUBAR HARI INI?

Dewan  Undangan Negeri (DUN) dijangka dibubarkan hari ini selepas Ketua Menteri, Lim Guan Eng menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Abdul Rahman Abbas pagi semalam.

Guan Eng dan exconya telah membuat keputusan bersetuju menerima permintaan bertulis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan DUN bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan serentak dengan Parlimen dalam satu mesyuarat Exco.

Marilah kita semua melaksanakan tanggungjawab untuk keluar mengundi dan mengundi Barisan Nasional.

#TOLAKDAP #NO2DAP
#UNDIBN #VOTE4BN

Thursday, 4 April 2013

Najib Saves Palestin VS Anwar Saves Israel

PMW yakin Barisan Nasional akan menang pada Pilihan Raya Umum Ke 13.
Walaupun orang-orang pembangkang sibuk memfitnah Barisan Nasional
DAN
Sibuk mengatakan pemimpin mereka difitnah pula.
Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mengetahui, dan Allah S.W.T Maha Berkuasa.
Semoga Allah S.W.T akan memberkati Barisan Nasional.
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menentukan sebelum ini Malaysia hanya layak diperintah oleh Barisan Nasional.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...