Showing posts with label barisan nasional menang besar. Show all posts
Showing posts with label barisan nasional menang besar. Show all posts

Monday, 15 April 2013

Barisan Nasional Lagi Kejam Dari Pakatan Rakyat



33% Calon Parlimen & 49% Calon DUN yang bakal ditampilkan adalah MUKA BARU.

Pengerusi Barisan Nasional, Dato Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa 33% calon Parlimen dan 49% calon Dewan Undangan Negeri adalah terdiri daripada muka muka baru.

Selain itu, 31% calon calon BN adalah terdiri daripada golongan profesional. Dato Seri Najib turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi laluan dan akan terus berkhidmat untuk kemenangan parti.

Dato Seri Najib menegaskan ini adalah pasukan Barisan Nasional yang mampu memenuhi akujanji BN. Ini adalah pasukan Transfromasi. 91% calon BN, mempunyai kelulusan Diploma dan ke atas.

Barisan Nasional Transformasi Ke Arah Yang Lebih Baik


Jika Ada Salah & Silap Boleh Ditambahbaik Untuk Kesejahteraan Rakyat

Terima Calon Seadanya ; Jangan Boikot ; Kerana Boikot BN Kalah Bukan Kerana Pembangkang Kuat

UNDILAH BARISAN NASIONAL

VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Thursday, 11 April 2013

Barisan Nasional Kejam ; Menteri Tidak Dicalonkan

Berita tergempar, PMW mendapat maklumat beberapa orang menteri akan digugurkan daripada bertanding pada PRU 13.

Betapa hebatnya Transformasi dibawa oleh Barisan Nasional sehingga menteri bukan satu alasan untuk tidak digugurkan. Untuk lihat senarai yang digugurkan SILA KLIK DISINI

PMW berharap tiada yang merajuk atau 'swing' ke pihak pembangkang. Jangan ada penggerak-penggerak Barisan Nasional yang memboikot calon yang akan diketengahkan. Transformasi adalah untuk kebaikan semua, jangan takut dengan perbaharuan dibawa oleh Datuk Seri Najib. Sokong dan pastikan calon yang diketengahkan menang besar.

Barisan Nasional pasti akan MENANG BESAR pada Pilihan Raya ke 13

#VOTE4BN
#UNDIBN

Wednesday, 10 April 2013

Mengapa BN? : Pengalaman

Pengalaman

  • Kami berpengalaman mengurus masyarakat pelbagai kaum, gagah dan budaya - Politik kami adalah politik perpaduan
  • Kami telah buktikan kemampuan menghadapi cabaran dan mengharungi kesukaran - Sudah berkali-kali, kita berjaya keluar daripada krisis dengan lebih gagah
  • Kami adalah gabungan yang dinamik - Kami sesuaikan gerakan dengan perubahan landskap tetapi tidak pernah mengorbankan prinsip

Menagapa BN? : Rekod Pencapaian

Rekod Pencapaian

  • Kejayaan yang dikecapi dalam tempoh 55 tahun tidak boleh dinafikan - Kami (Barisan Nasional) adalah parti yang mempunyai rekod pencapaian mantan dan menunaikan segala janji
  • Selama ini, Kerajaan yang diterajui BN telah membawa kemakmuran kepada segenap segmen masyarakat Malaysia
  •  Kami (Barisan Nasional) akan meneruskan rekod kecemerlangan ini - Sekarang bukan masa untuk bereksperimen. Jangan sesekali lakukan uji kaji dengan masa depan kita
  • Kami telah buktikan - BN sentiasa melakukan penambaikan. Sepanjang empat tahun lalu, negara mencapai banyak kemajuan besar dan kami (Barisan Nasional) meningkatkan produktiviti dan sistem penyampaian.

Thursday, 4 April 2013

Anwar Ke Amerika VS Najib Ke Mekah

PMW mendapat perkhabaran mengatakan Anwar Ibrahim akan ke Amerika hari ini.
Tiket telah ditempah dan persiapan telah dibuat.
Dipahamkan Anwar akan pergi ke Amerika dari Flight Singapura.

Ada sesiapa boleh mengesahkan Anwar akan pergi ke Amerika?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...