Showing posts with label parlimen. Show all posts
Showing posts with label parlimen. Show all posts

Saturday, 30 March 2013

Transformasi BN Pulau Pinang, 60 Peratus Muka Baru

Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang dijangka meletakkan calon yang terdiri daripada golongan profesional, ulama, calon wanita dan wakil pertubuhan belia, sekali gus memberi tentangan kepada pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin berkata, semua calon berkenaan sudah dimuktamadkab dan direstui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, UMNO Pulau Pinang turut meletakkan kira-kira 60 peratus calon muka baru dengan proses pemilihan dijalankan sejak pertengahan tahun lalu selain berbincang dengan parti komponen lain termasuk badan bukab kerajaan sebelum keputusan dicapai.

Katanya, lima wakil rakyat UMNO yang memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri tidak akan bertanding dalam PRU-13, namun mereka berjanji akan membantu calon baru yang bertanding di kerusi yang dikosongkan itu.

Selain itu, BN Pulau Pinang akan menampilkan seorang calon yang dijangka mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Permatang Pauh jika Anwar tak lari pergi tempat lainlah.

Wednesday, 20 March 2013

Terkini : Anwar Umumkan Parlimen Ditanding

Rupa-rupanya bukan Lim Kit Siang DAP sahaja yang akan melompat ke kawasan baru iaitu Gelang Patah, Johor. Sebelum ini beliau dari Ipoh Timur, Perak.


Ramai lagi yang didakwa akan 'lari' dari kawasan masing-masing!

Media melaporkan bahawa Setiausaha Agung PKR ,Saifuddin Nasution akan bertanding di Kulim Bandar Bharu, Kedah. Sekarang beliau merupakan ahli Parlimen Machang, Kelantan.

Manakala jejaka berwajah lembut, Pengarah Stratejik PKR Rafizi Ramli pula dikatakan akan bertanding di Pandan,Selangor

Rakan blogger KedahkeKL pula melaporkan bahawa 'Mat Sabu kini dah bersedia untuk bertapak di Pendang. Hinggakan baru-baru ini Mat Sabu telah menyewa sebuah rumah di Pendang'.

Baru-baru ini Pemuda Pas Perak mendakwa bahawa Nizar Jamaluddin juga akan 'lari' dari Pasir Panjang ke Changkat Jering.

Anwar akan bertanding di --->> KLIK DI SINI 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...