Showing posts with label yahudi. Show all posts
Showing posts with label yahudi. Show all posts

Tuesday, 26 March 2013

Pendidikan Percuma Agenda Yahudi

Pada malam semalam telah diadakan satu forum pendidikan percuma dimana panelis-panelis terdiri daripada anak-anak didikan PKR, DAP, PAS, SUARAM, SOSIALIS.
Panelisnya adalah
1. Adam Adli
Mahasiswa yang digantung oleh UPSI (bukan mahasiswa kalau kena gantung).
Pendemo tegar. Mmg dilatih utk berdemo bukan utk jadi cikgu
Mat jambu kesukaan Anwar Ibrahim.
2. Karthic (wakil india katanya)
Wakil dari gabungan menuntut pendidikan percuma.
Tak silap PMW  dia ni bukan mahasiswa
3. Haris
Ex student usm (dah habis, bukan mahasiswa jugak)
Aktivis tegar SUARAM(SUARAM mendapat dana dari YAHUDI ini budak pun makan duit itu)
4. Ong Jing Cheng
Pelajar master USM (baru ade sorang)
Aktivis Suaram

PMW difahamkan tak ramai pun yang hadir ke forum ini. Lebih kurang dalam 80-100 orang sahaja. Itupun rombongan bersama panelis sahaja sudah 40 orang. Mana tidaknya bodyguard sahaja ada 6 orang. Bawani dari UUM pun datang, nak meramaikan korum.

Berbalik pada forum, panelis membentangkan pasal pendidikan percuma, akan tetapi yang mengecewakan tiada satu pun mekanisme yang dibentang. Tiada pula panelis menyatakan berapa mereka kena bayar dan berapa kerajaan BN telah bayar untuk mereka mendapat Ijazah. Bila diajukan soalan oleh mahasiswa USM, panelis tidak boleh jawab dengan fakta. Panelis emosi dan mengaitkan tidak dapat hadiah dari ibu bapanya. Ada kaitan ke?bapa koma sapa buat?adam adli la buat.
Forum ini hanyalah modus operandi parti politik pembangkang kerana panelis tidak tahu pun bagaimana hendak dilaksanakan pendidikan percuma. Tiada jawapan yang intelek dari panelis. PMW tahu mahasiswa USM bijak-bijaknya orangnya, sepatutnya mahasiswa USM menolak agenda ini yang lebih kepada retorik dan omong-omong kosong sahaja.

Yang pasti program ini telah dijalankan bersama persatuan HARAM MMB Majlis Mahasiswa Bertindak dimana mereka-mereka ini adalah calon PRK yang kalah iaitu tidak mendapat sokongan daripada mahasiswa dan dengan tanpa segan nak menonjolkan diri untuk mendapat populariti. PMW difahamkan mereka suka menunjuk-nunjuk dalam FB mengatakan mereka membuat kerja sedangkan mereka hanya pandai mengambil kesempatan atas hasil usaha orang lain. PMW juga difahamkan MMB ini mendapat dana yang banyak dari SUARAM untuk merosakkan universiti dari dalam. SUARAM mendapat dana dari YAHUDI. PMW mendengar khabar MMB telah menyakinkan SUARAM untuk menyalurkan dana kepada PMI; Persatuan Mahasiswa Islam @ Persatuan Mahasiswa PAS USM untuk menjalankan aktiviti PMI. Menjelang PRU ini pelbagai aktiviti PMI jalankan untuk mendapat maklumat student dan menyebarkan dakyah politik PAS ke mahasiswa. Tahukah mahasiswa PMI bahawa kamu sedang menggunakan dana dari YAHUDI?

Nantikan esok PMW artikel seterusnya atau layari blog dibawah
nogorimostwanted.blogspot.com

Friday, 22 March 2013

MALAYSIA HURU HARA DALAM MASA 2 BULAN

Malaysia bakal huru hara dalam masa 2 bulan lagi!
Tidak percayakah?
Sekarang ini lembu-lembu belaan PKR, PAS dan DAP sedang membuat momentum untuk menjadikan negara ini huru hara.
Petang tadi 3 lembu ini telah ditangkap diketuai oleh yang Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang, rakannya Muqit dan Akram Ahmar manakala tiada mahasiswi yang dikenakan tindakan sama.
Sebelum ini, lembu-lembu ini juga telah ke UiTM dan UKM, dan seterusnya USM.

Ini adalah strategi yang telah dirancang oleh pihak pembangkang untuk meneruskan agenda 'Arab Spring' . Sebab itu lah Nurul Izzah ada mengatakan menang atau kalah pada PRU 13 ini mereka tetap akan mengadakan demostrasi seperti 'Arab Spring'. Skrip-skrip dan tindakan mereka ini telah dirancang oleh ejen-ejen luar negara. Termasuklah dana mereka. Mereka tidak mahu memajukan negara ini tetapi lebih kepada menghancurkan. Banyak dah negara ini rosak disebabkan huru-hara kononnya memperjuangkan 'demokrasi'. Mahasiswa Indonesia sehingga sekarang menyesal dengan tindakan mereka. Thailand masih tidak stabil ekonominya. Mesir dan juga negara-negara Arab.

Ada orang yang bertanggungjawab memikirkan strategi ini. Dan orangnya adalah seorang manusia di luar negara berumur 85 tahun. KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri perlu berwaspada kepada ancaman ini. Mereka akan bina momentum bahawa kerajaan jahat dan polis tidak bertanggungjawab. Ini adalah modus operandi untuk menaikkan kemarahan orang ramai terhadap kerajaan dan polis. Jadi tindakan mereka membuat onar di RTM adalah untuk menyebarkan gambar mereka ditangkap dan menjadi daya menarik KONONNYA tiada 'demokrasi' di Malaysia.

Semasa artikel ini dipublish. Saya pasti dan yakin pasti pihak pembangkang sudah menyebarkan gambar Saiful Anang ditangkap.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...