Monday, 25 March 2013
Selamat Hari Polis Ke 206
Sunday, 24 March 2013
Roket Terhempas Di Pulau Pinang
Berita tergempar, NASA mengesahkan roket bakal akan terhempas di Pulau Pinang.
Petang tadi telah diadakan Himpunan Rakyat Pulau Pinang. Ramai yang hadir, lebih dari 10k yang hadir. Banyak NGO menunjukkan sokongan kepada BN. Malah ada juga ahli dari parti PAS dan PKR yang hadir menyatakan ketidakpuashatian mereka terhadap LGE yang memperlekehkan kalimah Allah. Ramai juga pemimpin yang hadir dan memberi ucapan tak terlepas pemimpin belia dan juga mahasiswa. Rakyat Penang sudah tidak percaya kepada kepimpinan DAP. DAP memberi rekod kewangan yang meragui dan juga tidak memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang sepanjang pemerintahan mereka. Elaun yang dijanjikan hanya diberi kepada orang2 yang berat politik kepada mereka. Rumah mampu milik tidak dibina malah duit yang diberi kerajaan persekutuan BN utk membina rumah mampu milik telah disalahgunakan. Janji pakatan haram utk pendidikan percuma adalah janji kosong juga, sedangkan anak2 Penang pun tidak boleh diberi pendidikan percuma inikan seluruh negara. Pemimpin BN berjanji jika mereka diberi mandat pada PRU13 ini, bayaran tol jambatan pulau pinang pertama untuk motosikal akan diberi secara percuma. Tidak perlu bayar!PMW pun rasanya lepas ni kena beli motor satu.
Sultan Sulu Akan Digulingkan Oleh Jurulatih PLKN KOMUNIS
Pada awal tahu baru yang lepas ada seorang jurulatih PLKN yang menyokong Komunis telah menyatakan 'azam tahun baru'nya iaitu mahu menggulingkan sultan. Boleh lihat gambar dibawah.
Siapkah Komrad Haizal ini. Orangnya berasal dari Sabah, sudah berkahwin tapi tidak bekerja, penyokong kuat komunis walaupun agamanya Islam(Islam ke). Untuk maklumat lanjut sila KLIK DISINI . Sibuk sangat nak gulingkan sultan orang lain. Yerklah Sabah tiada sultan kan. Sekarang ini sultan kamu dah mari Haizal. Tunggu apa lagi, booking la tiket flight pergi serang dan gulingkanlah sultan anda itu. Kalau sultan sendiri pun tak berani, janganlah sibuk sultan dan raja orang lain. Kalau tak boleh hormat sultan dan raja, bolehlah pergi ke negara republik yang kamu inginkan.
ESSCOM Membazir Duit Rakyat?
Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata satu mesyuarat diadakan semalam bagi merangka strategi bagaimana mahu membabitkan orang ramai, terutama masyarakat setempat dalam ESSCOM.
“Kementerian Dalam Negeri (KDN) berpendapat benteng pertahanan pertama mestilah masyarakat setempat, sebab itulah anggota RELA, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Ketua Kampung digerakkan untuk usaha ini.
“Mereka ini boleh menjadi mata dan telinga pasukan keselamatan negara selain berperanan membendung penyebaran khabar angin, sekali gus memberi keyakinan kepada rakyat Sabah bahawa negeri itu selamat.
Anwar Are You Gay or BI?
Gay ialah lelaki hanya suka kepada lelaki. Lelaki ini tidak suka kepada perempuan sama sekali
Bi/Biseks ialah lelaki yang suka kepada lelaki dan perempuan. Maknanya main dengan lelaki walaupun dia ada berkahwin dengan perempuan. Orang macam ini agak bahaya kerana susah utk dijejaki atau dikesan.
Saturday, 23 March 2013
Kemana Duit Rakyat? (2)
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahya berkata, kerja-kerja pembinaan Masjid Jamek Simpang Tiga itu telah dimulakan sejak 27 Jun lalu dan dijangka siap pada November ini.
Beliau berkata, projek ini mendapat bantuan Kerajaan Persekutuan dengan peruntukan berjumlah RM4 juta manakala baki RM1 juta lagi dibiayai oleh kerajaan negeri.
"Masjid baharu ini dijangka dapat menampung seramai 1,200 jemaah dalam satu-satu masa.
"Bangunan masjid ini mempunyai dua tingkat iaitu ruang solat terbuka di tingkat bawah yang boleh menampung 392 jemaah lelaki, manakala tingkat atas untuk jemaah wanita yang boleh memuatkan 294 jemaah," katanya pada majlis Taklimat Pembinaan Masjid Jamek Simpang Tiga di sini baru-baru ini.
Shabudin berkata, masjid ini juga bakal dilengkapi dengan bangunan kedai dan ruang niaga untuk ahli kariah menjalankan perniagaan bagi menambahkan pendapatan masjid.
Jelasnya, meskipun terdapat ruang niaga namun segala konsep pembinaan ruang niaga tersebut tidak akan lari daripada konsep dan ciri yang ada pada sesebuah masjid.
"Saya cadangkan masjid ini dilengkapi dengan ruang niaga supaya pihak kariah masjid nanti dapat memanfaatkan ruang tersebut untuk menjalankan perniagaan yang sesuai.
"Ini adalah salah satu usaha untuk menjadikan masjid bukan sahaja sebagai rumah ibadat tetapi sebagai sebuah rumah ibadat yang ada pembangunan ekonomi di situ melalui aktiviti perniagaan yang bersesuaian dengan konsep masjid," ujarnya.
Menurut beliau, ahli kariah masjid disarankan untuk mewujudkan sebuah koperasi masjid dalam usaha menjana pendapatan masjid melalui aktiviti perniagaan.
Sementara itu, Shabudin turut memberitahu, pihaknya sedang merancang untuk membina sebuah Sekolah Agama Rakyat di bahagian belakang masjid tersebut memandangkan sekolah yang sedia ada telah uzur dan tidak dapat menampung pertambahan pelajar di kawasan itu.
Sehubungan itu, beliau mahu ahli kariah Masjid Jamek Simpang Tiga bersatu di bawah satu kariah dan menjadikan masjid tersebut contoh kepada masjid-masjid lain di kawasan Tasek Gelugor.
Sumber : Utusan Malaysia


