Jumlah sewa yang dikenakan kepada penyewa naik mendadak dari RM 16 sebelum 2008 kepada RM 420 hingga RM 520 sebulan.
Semua penduduk asal agak terkedu apabila mendengar kenaikan sewa dan masalah berlarutan sehingga kini kerana MAINPP masih tidak mahu menurunkan bayaran sewa, sedangkan ini adalah tanah wakaf, takkan mereka(MAINPP) mahu mengaut keuntungan di atas tanah wakaf.
Penduduk telah menghantar banyak surat untuk merayu MAINPP menurunkan harga sewa dan telah berjumpa EXCO Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetapi kecewa kerana jawapan yang diberikan pegawai terlibat begitu mencewakan.
Yang Dipertua MAINPP, Datuk Salleh Man berkata, pihaknya akan meneliti perkara berkenaan dalam masa dua hari.
Jika dalam masa dua hari ini tidak diselesaikan pasti akan waktu nak pilihanraya umum ke 14 baru nak selesaikan ke? Wahai pemegang amanat wakaf MAINPP, jangan dipermain-mainkan harta wakaf. Alasan mengikut harga pasaran adalah tidak logik kerana ia adalah tanah wakaf. Jika anda berpegang kepada harga pasaran juga, sila siap-siapkan jawapan jika tuan tanah wakaf itu bertanya di alam barzah nanti dan siapkan juga diri anda untuk ke neraka kerana tidak melaksanakan amanah itu dengan penuh tanggungjawab.