Thursday 9 May 2013

3 Jenis Manusia Kita Jarang Akan Lupa Dalam Hidup Ini

Pertama
Orang yang membantu kita ketika susah

Kedua
Orang yang meninggalkan kita ketika susah

Ketiga
Orang yang menyebabkan kita jadi susah

Yang pertama selalunya manusia ini akan lupa kecuali bantuan itu ketika kesusahan yang kritikal. Kita tengok sahaja pengundi Pulau Pinang, ketika susah semasa pemerintahan DAP sibuk mencari Barisan Nasional untuk bantuan. Minta itu ini. Minta peruntukan mohon bantuan. Tapi apabila DAP merancuni mereka dengan janji-janji kosong dan hasutan melampau pengundi ini percaya kepada DAP.

Yang kedua kita boleh lihat banyak dari Pakatan Rakyat. Suruh buat rusushan sana sini. Hasut menggempur jentera-jentera Barisan Nasional sehingga berlaku pergaduhan dan kecederaan. Bila sudah kena penjara sudah kena denda di mahkahmah tiada pun pemimpin PR ni muncul pun.

Yang ketiga orang Melayu Pulau Pinang pasti akan ingat sampai bila-bila dan berpesan kepada cucu cicit agenda halus DAP menghalau orang Melayu dari kawasan pulau. Agak-agak berapakah jumlah orang Melayu akan dihalau di kawasan pulau dalam masa 5 tahun ini? Mungkin sekarang penyokong-penyokong taksub PR tak nampak tapi akan datang muka-muka kamu pasti diingati kerana kamu lah orang-orang yang menyebabkan rakyat Pulau Pinang menjadi susah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...